PERMATANG PAUH : Dalam masa sesingkat mungkin, sebaik Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh, kerajaan baru akan dibentuk dengan penghijrahan sekurang-kurangnya 30 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) ke dalam Pakatan Rakyat.
“Menang sahaja Anwar Ibrahim, dalam masa sesingkat mungkin sekurang-kurangnya 30 ahli Parlimen Umno-BN, akan berhijrah membentuk kerajaan baru Pakatan Rakyat seperti mana yang dirancang,” tegas Naib Presiden keADIlan Mohd Azmin Ali.
Azmin berkata keputusan Datuk Seri Dr Wan Azizah memberi laluan kepada Anwar bukan sekadar mahu mengekalkan kerusi Permatang Pauh, tetapi mahu menobatkan insan yang bernama Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-6.“Ini antara langkah strategik Pakatan Rakyat untuk menguasai kerajaan pusat dengan temanya Pakatan Menuju Putrajaya,” jelasnya.
Berucap pada majlis taklimat jentera pilihan raya keADILan Pulau Pinang, di Dewan Yayasan Aman, dekat sini semalam, Azmin berkata Anwar perlu menjadi anggota parlimen secepat mungkin. ... seterusnya
Sumber: Malaysia Today
No comments:
Post a Comment