09 August 2008

Bekalan elektrik terputus, Sarawak bergelap

09/08/2008 10:31pm

KUCHING 9 Ogos — Hampir seluruh bahagian di Sarawak kecuali Bintulu dan Limbang di utara negeri ini bergelap apabila bekalan elektrik terputus sejak pukul 6.45 petang ini.

Ketua Pegawai Operasi Syarikat Sesco Berhad (SESCO) Danice Ipa ketika dihubungi Bernama malam ini berkata siasatan awal menunjukkan bekalan elektrik terputus berpunca daripada voltan berlebihan yang menyebabkan gangguan bekalan pada talian penghantaran antara Sibu dan Bintulu. ... seterusnya

Sumber: utusan online

Kini saya berada di Kuching atas tugas-tugas peribadi. Terpaksalah melepak di lobi hotel dengan badan melekit-lekit. Hampir jam 8 bekalan pulih.
Naik ke bilik sempat juga melihat karenah Majlis Peguam (yang saya katakan degil, keras kepala) melalui berita jam 8. Kalau tak silap polis dah beri amaran jangan teruskan, tapi ...
Tiba-tiba sekali lagi bekalan eletrik terputus. Bilik gelap. Hanya dengan lampu kecemasan berhampiran pintu masuk. Bilik menjadi panas.
Masuk bilik air, mandi dan terus mandi untuk mengelak dari panas ....... sehinggalah hampir jam sembilan bekalan pulih semula .... dan melalui berita baru lah saya tau rupa-rupanya "seluruh Sarawak bergelap" .....
Sekadar catatan peribadi. ... Senjakala

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive