07 August 2008
DSAI dibebaskan dengan ikat jamin
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dibebaskan dengan dikenakan ikat jamin RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini pagi ini selepas tidak mengaku bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 20 tahun penjara dan sebatan.
Sebaik pertuduhan dibawakan, Anwar yang berdiri di kandang salah berkata: "Tuduhan ini adalah berniat jahat dan khianat dan saya tidak bersalah yang arif."
Sumber: bharian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment