BN disyor boikot pilihanraya kecil Permatang Pauh ... itulah cadangan dari Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Annuar Musa setelah teka-teki selama ini melalui kawasan manakah DSAI akan memasuki Parlimen terjawab apabila DSWA mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Pmtg Pauh dua hari lalu, kerusi yang dimenangi nya dalam PRU12 baru-baru ini.
Annuar memberi alasan konon nya kerajaan terpaksa menggunakan wang rakyat dengan mengeluarkan perbelanjaan yang besar sedangkan keadaan sekarang adalah baik...???
Mungkin Annuar mengeluarkan kenyataan ini selepas terjaga dari mimpi nya ... "keadaan sekarang adalah baik". Saya ingin bertanya apa yang dimaksudkan dengan "baik" itu?
Saya tak nampak samada dari segi politik atau pun ekonomi kita sekarang ini "baik".
Apakah "baik" apabila tak habis-habis rakyat sedang memperkatakan tentang kenaikan harga minyak? Dan macam-macam kenaikan ekoran kenaikan tersebut?
Apakah "baik" bila rakyat sekadar bercakap di sana-sini, bersembang di kedai-kedai kopi tanpa melakukan demo jalanan seperti yang pernah berlaku suatu ketika dahulu?
Sebenarnya keadaan kita sekarang TIDAK BAIK. Tapi sebagai rakyat biasa apa lah sangat yang dapat kami lakukan selain dari menukar pemerintah.
Jadi ini lah peluang kami untuk menghantar DSAI memasuki Parlimen dan seterusnya ke Putra Jaya.
Jadi untuk kawan-kawan di Permatang Pauh, khususnya di Seberang Jaya dan juga di DUN Penaga (walaupun bukan dalam Parlimen Pmtg Pauh) bergerak lah mulai sekarang, dan pastikan Permatang Pauh tetap dalam tangan PKR/PR
Insyaallah .....

No comments:
Post a Comment