06 August 2008

Polis serah sapina kepada DSAI hadir di mahkamah esok

MUTAKHIR

KUALA LUMPUR: 6OGOS 08: Polis hari ini menyerahkan sapina kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Jalan Duta, esok.

Sapina itu diserahkan oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Polis Bricfields, Deputi Superintendan Jude Pareira, di kediaman Anwar di Segambut Dalam di sini kira-kira jam 12.05 tengah hari tadi.

Pareira bagaimanapun tidak menjelaskan kandungan sapina itu dan tujuan Anwar perlu hadir ke mahkamah esok.

Sumber: bharian online

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive