Roy Rasul Fri Aug 01, 08 4:07:36 pm MYT
KUALA LUMPUR 1 Ogos (Hrkh) - PAS akan menggerakkan jentera parti itu di seluruh negara bagi membantu Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim memenangi semula kerusi Parlimen Permatang Pauh setelah dikosongkan oleh penyandangnya, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden KeAdilan, kelmarin.
Demikian dijelaskan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar ketika mengulas pilihan raya kecil yang bakal diadakan di Permatang Pauh dalam masa terdekat ini.
"Saya percaya, pengundi Permatang Pauh tidak ada masalah dengan Anwar yang sinonim dengan kawasan tersebut," katanya ketika dihubungi oleh Harakahdaily. ... seterusnya
Sumber: Harakah
PS: PS juga akan balik kampung untuk memberi bantuan sekadar yang termampu
No comments:
Post a Comment