19 September 2008

ANWAR ATAU PAK LAH YANG BERDOLAK DALIK


Dilulus terbit pada Friday, September 19 @ 23:10:19 MYT oleh SongkokPutih
Persoalan mula timbul di hati saya siapa yang sebenarnya sedang berdolak-dalih dalam perkembangan politik semasa Malaysia ini. Dato Seri Anwar atau Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi?? Pada mulanya pihak Umno dan Barisan Nasional menuduh Dato Seri Anwar kononnya beliau sering berdolak-dalih dalam hal penubuhan kerajaan baru ini. Umno dan Barisan Nasional mengatakan yang Dato Seri Anwar berdolak-dalih apa bila diminta oleh mereka untuk mendedahkan senarai nama ahli parlimen BN yang akan menyertai Pakatan Rakyat.

Dengan keengganan Dato Seri Anwar mendedahkan senarai nama tersebut, pihak Umno dan Barisan Nasional mengatakan yang dakwaan Dato Seri Anwar tentang penyeberangan ahli parliman BN ke Pakatan Rakyat hanyalah omongan kosong. Mereka juga dengan yakin mengatakan Pakatan Rakyat tidak akan dapat membentuk kerajaan kerana tidak ada ahli parlimen BN akan menyertai Pakatan Rakyat.

Namun, pihak Pakatan Rakyat telah menghantar surat kepada Pak Lah pada 15 Sept 2008 yang lalu untuk tujuan berbincang tentang “keselamatan dan hala tuju kepimpinan negara” dan pada masa yang sama akan menunjukkan senarai ahli parlimen BN yang akan menyertai Pakatan Rakyat.

Namun, perlawaan sopan Pakatan Rakyat itu ditolak dengan kasar oleh Pak Lah, dan Pak Lah mengatakan tidak perlu berbincang akan soal itu. Sedangkan pada masa yang sama mereka mahu tahu siapa dan berapa ahli parlimen BN yang telah menyertai Pakatan Rakyat tetapi apabila hendak diberi tahu mereka pula enggan mendengarnya. Pak Lah juga menyatakan, surat yang disampaikan kepadanya itu bukan tujuan untuk berbincang tentang soal peralihan kuasa sebaliknya Pak Lah mendakwa surat itu adalah untuk membincangkan tentang keselamatan negara.

Agaknya Pak Lah tidak memahami “bahasa surat” atau enggan untuk faham atau takut untuk faham. Seperti yang dinyatakan oleh Dato Seri Anwar, surat itu bertujuan mahu membincangkan soal keselamatan dan hala tuju kepimpinan negara. Apakah Pak Lah tidak faham akan makna “hala tuju kepimpinan negara” itu. Bahasa yang bagaimana lagi harus digunakan oleh Pakatan Rakyat bagi memahami Pak Lah. Pakatan Rakyat tidak mahu menggunakan perkataan yang kasar seperti menggulingkan kerajaan, menjatuhkan kerajaan dan lain-lain kerana atas dasar hormat mereka kepada Pak Lah. Dan surat itu pun telah diedarkan kepada media siang tadi bagi membuktikan kandungan sebenar.

Pak Lah masih mahu berdalih dan enggan berjumpa dengan pihak Pakatan Rakyat dengan alasan kononnya surat tersebut bukan bertujuan untuk membincangkan soal peralihan kuasa. Ini alasan orang takut sebenarnya dan mahu lari dari kenyataan.

Siang tadi, pihak Pakatan Rakyat sekali lagi menghantar surat dengan mendesak Pak Lah agar mengadakan persidangan parlimen tergempar selewat-lewatnya 23 Sept ini bagi membahaskan undi tidak percaya kepada kepimpinan negara kerana ramai ahli parlimen BN telah bersama Pakatan Rakyat dan BN kini sudah hilang majoriti untuk memerintah. Dan dalam persidangan itu akan terjawab kepada BN akan siapa ahli parlimennya yang telah menyertai Pakatan Rakyat.
Namun, dalam sidang media balas petang tadi Pak Lah sekali lagi menolak permohonan Pakatan Rakyat itu dengan alasan tidak ada keperluan untuk parlimen bersidang tentang hal itu. Jelas sikap Pak Lah yang cuba berdolak-dalih dan mahu lari dari keadaan sebenar.

Jika pihak Umno dan Barisan Nasional yakin yang tidak ada ahli parlimennya yang akan menyertai Pakatan Rakyat seperti mana dakwaan mereka kepada media sebelum dan sekarang ini mengapa mereka perlu takut dan berdolak-dalih untuk berjumpa dengan pihak Pakatan Rakyat dan mengadakan persidangan parlimen tergempar ini.

Jika pihak Umno dan Barisan Nasional yakin yang perancangan penubuhan kerajaan baru oleh Pakatan Rakyat ini tidak akan berjaya dan hanya omongan kosong, saya rasa persidangan tergempar parlimen itu nanti akan menjadi medan terbaik kepada pihak Umno dan Barisan Nasional untuk menjatuhkan air muka dan memalukan Pakatan Rakyat. Cuba bayangkan apabila pengundian dilakukan, pihak Pakatan Rakyat gagal mendapat sokongan dari ahli parlimen BN seperti mana yang didakwa oleh Dato Seri Anwar sebelum ini. Pasti perkara ini akan menjatuhkan kredibiliti Pakatan Rakyat dan Dato Seri Anwar Ibrahim. Malahan saya percaya sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat juga akan merosot dengan teruk dan mungkin boleh memusnahkan terus masa depan Pakatan Rakyat itu.

Namun, mengapa peluang sebegini tidak mahu dimanfaatkan oleh pihak Umno dan Barisan Nasional?? Peluang sebegini seharusnya tidak ditolak oleh Umno dan Barisan Nasional kerana Pakatan Rakyat telah menghulurkan leher untuk disembelih.
Saya katakan demikian kerana pihak Umno dan Barisan Nasional bersikap begitu yakin, yang tidak ada ahli parlimen mereka yang menyertai Pakatan Rakyat dan lantang mendakwa penubuhan kerajaan baru oleh Pakatan Rakyat itu satu omongan kosong. Sekarang NAH, gunakan lah peluang di persidangan parlimen tergempar tersebut bagi memanifestasikan keyakinan anda.

Namun peluang ini ditolak. Sekarang dapat dilihat siapa yang berdolak-dalih?? Siapa yang yakin dan tidak yakin?? dan siapa yang beromong kosong dan tidak?? ... [Tranungkite]

1 comment:

Anonymous said...

Senang jer ceritanya... Umur si Pak Lah ni bukan 20 ker, 25 ker... tapi dah lebih 70 tahun... Tak berapa tahun lagi nak hidup kat dunia ni...

Buat apa lah dia nak berjuang TAMBAH DOSA bertanggungjawab atas anak buah dipimpin... TAUBAT JER LAH PAK LAH, gunakan sisa-sisa hidup ni untuk taubat dan beramal... MALU ke hape ker biasalah pemimpin gomen... masa ada kuasa guna dan lupa, bila tak ada kuasa org cemuh... BIAAAAASAAAAKLAH!!!! tapi kurang-kurang boleh gak dok diam-diam buat amal ibadat, dok mesjid. Kalau ikhlas amalan tuhan terima, orang mesjid tahulah ...

DAH NAK MATI DAH TUUUUUU... BERHENTI LAH PIKUL BEBAN MENZALIMI RAKYAT!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive