18 September 2008

ANWAR TUNTUT PARLIMEN ADAKAN SIDANG TERGEMPAR

Muda Mohd Noor Sep 18, 08 2:30pm

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menuntut beliau mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat bagi membahaskan usul tergempar terhadap kerajaan pimpinannya.
"Saya telah membuat permohonan rasmi supaya Parlimen mengadakan sidang tergempar untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap kepimpinan Barisan Nasional, selewat-lewatnya pada 23 September."Ini mengikut Peraturan 11 (3) Parliament sebagai respons segera terhadap politik hari ini," katanya. ... [malaysiakini]
Bercakap dalam satu sidang akhbar, pemimpin Pakatan Rakyat itu berkata, pakatan pembangkang mahu membahaskan usul tidak percaya terhadap Abdullah.
Anwar mahu sidang tergempar itu diadakan selewat-lewatnya Selasa depan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive