18 September 2008

SIAPA YANG AKAN MENEMANI ANWAR BERMUKIM DI KAMUNTING


Dilulus terbit pada Thursday, September 18 @ 18:30:00 MYT oleh reformis
Oleh i

Selain daripada Anwar , yang telah disebut – sebut sebagai calon utama yang akan dihantar beristirehat di Kemunting , siapa lagi yang akan menemani beliau untuk tempoh sekurang – kurangnya dua [2] tahun , iaitu pakej penginapan utama ?
PKR

Calon – calon lain yang dijangka akan ’mungkin’ turut berangkat , ialah Azmin Ali , Saifudin Nasution , Tian Chua , Khalid Ibrahim dan Fauziah Salleh serta beberapa orang lagi yang merupakan tulang belakang atau orang disebalik tabir ’man behind the scene’ bagi projek 16 september. Tujuan penghantaran secara pakej ini lebih untuk melumpuhkan PKR , bermakna dengan hilangnya tenaga penggerak utama , PKR akan berkubur dalam masa tidak sampai enam [6] bulan.
Itu lah agaknya perkiraan Pak Lah.
PAS
Siapa agak nya yang akan mewakili PAS dan setreusnya berjiran dengan Anwar di Taiping nanti ?. Nama – nama besar yang dilihat selalu menimbulkan masalah ialah KJ , Husam dan Syed Azman. Walaubagaimnana pun , tidak semestinya nama – nama yang tidak disenaraikan di atas , akan boleh tidur lena.
Kali ini Pak Lah betul – betul ingin membersihkan semua musuh – musuh yang berpotensi boleh menggugat kedudukan dan kuasa yang dipegangnya , sebelum beliau menyerahkan kepada menantunya pada tahun 2010 nanti. Bagaimana dengan Najib ?
DAP
Agak sukar untuk rakyat memeprcayai , sekiranya Pak Lah juga sedang menyediakan senarai pendik , yang akan dicekup dari parti DAP , kecuali Terresa sahaja setakat ini. Ini kerana , DAP walaupun sebagai parti komponen Pakatan Rakyat , tidak ada kenyataan – kenyataan yang boleh menggugat kedudukan Pak Lah sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.
Walaubagaimanapun, untuk memperlihatkan diri nya adil dan mementingkan keadilan , ada kemungkinan beberapa nama juga telah ada dalam simpanan Pak Lah untuk direhatkan di Taiping selama dua [ 2 ] tahun Siapa agak nya yang akan ke sana bagi memenuhi quota parti DAP ? Lim Guan Eng ? Lim Kit Siang ?
UMNO
Antara senarai nama yang besar , yang sangat besar kemungkinan akan turut dihantar ke sana ialah Khir Toyo dan Ahmad Ismail. Sepatutnya dan seharusnya Pak Lah memberi arahan kepada Menteri Dalam Negeri untuk menyedia dan menandatangani surat pertama dan kedua bagi penama – penama ini. Tambahan pula , Khir dikatakan layak dan sangat perlu dihantar ke sana , kerana beliau sahaja yang boleh menggugat menantunya yang akan merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO
Mereka ini lah watak utama yang dicetuskan oleh Pak Lah dalam usaha mengawal dan mengekang kejatuhan kerajaan nya. Walaubagaimana pun , kedua – dua nama ini ’terpaksa’ berkemungkinan dihantar ke sana , hanya lah sebagai pengubat bagi menghadapi asakan dari dalam dan luar negeri yang bersiap siaga bagi menghamburkan kutukan , cacian , murka , makian dan herdikan , khususnya dari rakyat terbanyak.
Dengan hanya tiga [ 3] orang pertama yang ditahan , Pak Lah sudah hilang punca , apakah beliau sanggup berhadapan dengan operasi kali kedua ini , yang dijangkakan akan lebih komprehensif , iaitu menyeluruh yang melibatkan semua golongan ?
Lain – lain tokoh dan pembesar yang berkemungkinan juga turut mengikuti rombongan ke Kemunting ialah dari Gerakan , mungkin Pemangku Presidennya sendiri , iaitu regu bagi kes yang dicetuskan Pak Lah di Pulau Pinang.
Oh ya !!! , jangan lupa , Pak Lah juga tidak lupa untuk mematikan ’kumpulan geng 31’ , yang dikatakan akan melompat dengan kemungkinan kesemuanya akan dihantar ke sana , atau sebahagian daripadanya sahaja. NotaWalauapa pun , sama – sama kita menunggu senarai nama yang akan dikeluarkan oleh ’Menteri Dalam Negeri’ , yang akan menyusul selepas Anwar ke sana.
Harap bersabar ... [Tranungkite]

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive