11 August 2009

Isu Pengkhianat: DSAI mau UMNO Najib Altantuya bertanggungjawab atas keselamatan nya


PETALING JAYA: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Umno bertanggungjawab terhadap keselamatannya jika sesuatu terjadi ekoran tindakan pemimpin dan penyokong parti itu secara terus-menerus melabelkannya sebagai pengkhianat bangsa Melayu.

"Saya mahu Umno memikul tanggungjawab jika apa-apa terjadi ke atas saya," kata beliau pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini sebentar tadi.

Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, beliau kini bimbang dengan keselamatannya memandangkan isu berkenaan dilihat dari sudut "perkaumman."

Baru-baru ini, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Sri Gading di Batu Pahat menyifatkan Anwar sebagai pengkhianat perjuangan orang Melayu.

Berikutan kenyataan itu, Anwar menerusi peguamnya dilaporkan menghantar surat tuntutan meminta Muhyiddin memohon maaf atau berdepan saman sebanyak RM100 juta.

Semalam pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan mengadakan perhimpinan aman di pekarangan Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur menyokong kenyataan Muhyiddin itu.

Bernama melaporkan, hari ini di Ipoh, kira-kira 300 individu daripada 30 pertubuhan bukan kerajaan di Perak berhimpun di pekarangan Bangunan Umno Perak di sini sebagai menyokong kenyataan Muhyiddin.

Kumpulan itu berhimpun kirakira sejam setengah dengan membawa beberapa sepanduk yang menyatakan sokongan terhadap Muhyiddin serta menyelar Anwar.

Mereka terdiri daripada anggota persatuan dan pertubuhan yang bernaung di bawah Dewan Perniagaan Melayu Perak (DPMP), Gabungan Kontraktor Melayu Perak serta beberapa NGO.

Yang Dipertua DPMP, Datuk Ahmad Mahiyuddin Abdullah berkata, angkara Anwar sejak kebelakangan ini menghakis perpaduan orang Melayu dan kaum di negara ini. - mStar

1 comment:

Vincent Lee said...

UMNO is the real PENGKHIANAT MALAYSIA!!!

and if I can I'll repeat this 1000000x

UMNO PENGKHIANAT MALAYSIA!!!

UMNO rip all of Malaysia resources for their own self gain...

UMNO is selfish and only care for their own...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive