Patutla UMNO nak hantar Pemuda nya untuk sertai latihan ala Komando ... Ini rupanya kes nyer ...
Seorang pemimpin kanan LTTE, Visuvanathan Rudrakumaran berkata, Malaysia perlu menyiarkan butir-butir mengenai 'penculikan' pemimpin baru mereka, Selvarasa Pathmanathan.
Pegawai di Colombo enggan mendedahkan bagaimana Pathmanathan ditahan tetapi kerajaan Thailand berkata, dia ditangkap di Kuala Lumpur pada Rabu lalu sebelum dibawa ke Sri Lanka melalui Bangkok.
"Jika kerajaan Malaysia tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai perkara ini, kami menuntut siasatan tentang seluruh kejadian ini," kata Rudrakumaran dalam satu kenyataan yang dihantar menerusi e-mel.
Pathmanathan yang mengambil alih sebagai ketua LTTE selepas pengasasnya, Velupillai Prabhakaran terbunuh pada peringkat akhir pertempuran dengan tentera kerajaan pada Mei lalu, sedang cuba memulihkan kumpulan pemberontak itu dari luar negara, menurut LTTE.
Seorang jurucakap Kementerian Pertahanan Sri Lanka memberitahu wartawan kelmarin, Pathmanathan sedang disoal siasat di Sri Lanka tetapi enggan menjelaskan bagaimana dia ditangkap.
Pathmanathan dikehendaki oleh polis antarabangsa, Interpol atas tuduhan menyeludup senjata dan oleh kerajaan India berhubung pembunuhan bekas Perdana Menteri, Rajiv Gandhi oleh seorang pengebom berani mati Harimau Tamil pada 1991.
Dia dipercayai melarikan diri ke Malaysia dari Thailand dua tahun lalu. - AFP
COLOMBO 9 Ogos - Pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Sri Lanka hari ini menuntut siasatan dilakukan terhadap cara bagaimana pemimpin baru mereka ditahan di Malaysia dan kemudian diterbangkan pulang ke sini untuk disoal siasat.
Seorang pemimpin kanan LTTE, Visuvanathan Rudrakumaran berkata, Malaysia perlu menyiarkan butir-butir mengenai 'penculikan' pemimpin baru mereka, Selvarasa Pathmanathan.
Pegawai di Colombo enggan mendedahkan bagaimana Pathmanathan ditahan tetapi kerajaan Thailand berkata, dia ditangkap di Kuala Lumpur pada Rabu lalu sebelum dibawa ke Sri Lanka melalui Bangkok.
"Jika kerajaan Malaysia tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai perkara ini, kami menuntut siasatan tentang seluruh kejadian ini," kata Rudrakumaran dalam satu kenyataan yang dihantar menerusi e-mel.
Pathmanathan yang mengambil alih sebagai ketua LTTE selepas pengasasnya, Velupillai Prabhakaran terbunuh pada peringkat akhir pertempuran dengan tentera kerajaan pada Mei lalu, sedang cuba memulihkan kumpulan pemberontak itu dari luar negara, menurut LTTE.
Seorang jurucakap Kementerian Pertahanan Sri Lanka memberitahu wartawan kelmarin, Pathmanathan sedang disoal siasat di Sri Lanka tetapi enggan menjelaskan bagaimana dia ditangkap.
Pathmanathan dikehendaki oleh polis antarabangsa, Interpol atas tuduhan menyeludup senjata dan oleh kerajaan India berhubung pembunuhan bekas Perdana Menteri, Rajiv Gandhi oleh seorang pengebom berani mati Harimau Tamil pada 1991.
Dia dipercayai melarikan diri ke Malaysia dari Thailand dua tahun lalu. - AFP
No comments:
Post a Comment