oleh; Nan BM
Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan kata, kes pecah amanah RM161 ribu wang Koperasi Pekebun Kecil BUKAN dilakukan oleh Rohaizat - calon BN PRK Permatang Pasir - sebaliknya telah dilakukan oleh rakan kongsi nya saudara Yusri.
Bukankah ini satu tindakan untuk cuba mengelak dari disabitkan dengan kes pecah amanah tersebut? Dalam hal ini kita kurang pasti samada Rohaizat yang sebenarnya tidak berkata benar atau Ahmad Maslan yang cuba berbohong. Walau apa pun UMNO BN cuba mengelak dari dikatakan calon nya pecah amanah.
Selepas didesak oleh banyak media, Majlis Peguam telah mengeluarkan kenyataan nya yang memsabitkan kesalahan tersebut pada Rohaizat. Ahmad Maslan membisu. Kenyataan awalnya menemui jalan buntu. Majlis Peguam tidak berbohong, bukan macam orang UMNO.
Tiba-tiba muncul Zahid Hamidi. Pecah amanah Rohaizat tu masalah peribadi. Tak melibatkan perjalanan politik beliau. Bagi saya itu satu kenyataan bodoh. Kenyataan yang juga untuk memperbodohkan yang mendengarnya, khusus kepada pengundi Permatang Pasir.
Untuk Zahid, ingin saya menjelaskan, anda silap sekiranya berfikiran bahawa pengundi Permatang Pasir berfikiran terlalu sempit seperti yang anda fikirkan. Kenyataan tersebut mungkin dapat diterima sekiranya dikeluarkan pada sekitar 70an dulu, tapi bukan sekarang. Pengundi tidak lagi bodoh (seperti orang UMNO lain yang masih dizaman "angguk ya" terhadap apa saja kata ketua mereka).
Kalau dah dengan rakan kongsi, satu firma, pernah belajar bersama (seperti apa yang dijelaskan oleh saudara Yusri malam tadi) Rohaizat boleh "mempermainkan" beliau, inikan pula pada pengundi, yang mungkin hanya dikenali sejak akhir-akhir ini saja.
Hampir senyap kisah wang RM161ribu, tiba-tiba muncul pula kisah Rohaizat berkahwin dua. Kahwin dua tu tak salah. Sebagai peguam beliau berkemampuan, tapi yang salah nya, seperti apa yang di cungkil oleh team PerakExpress ini amat menyedihkan (dipihak isteri kedua) memalukan (umno) dan me"nyampah"kan saya sebagai pengundi.
Kesimpulan saya, UMNO BN telah tersalah pilih calon di PRK Permatang Pasir. Tak dapat nak berpatah balik lagi. Samada Rohaizat mempermainkan UMNO atau UMNO yang melakukan sebaliknya ... sama-sama kita tunggu Selasa ini "siapa yang kena" ...
1 comment:
Salam.
UMNOBN telah membuat kesilapan kerana memilih Rohaizat sebagai calon mereka di Permatang Pasir.
Tetapi UMNOBN dan penyokong serta pengikut kuat mereka sangat MALANG kerana mendapat pemimpin yang tidak mempunyai integriti bila berkata " Pecah amanah yang dilakukan oleh Rohaizat adalah masalah peribadi".
Lebih malang lagi sebagai orang Islam bila melakukan pecah amanah dianggap melakukan perkara yang dipandang remeh.
Jauhilah UMNOBN , mudah-mudahan kita tidak diturunkan bala oleh Allah subhanahuwataala!!
Permatang Pasir! Janganlah cenderung kepada pemimpin yang rendah akal budinya.....
Islam tidak mengajar umatnya pecah amanah tetapi hendaklah tunaikan amanah yang diberikan.
Sempena bulan ramadhan yang mulia ini marilah kita sama-sama tabalkan pemimpin yang mempunyai maruah diri ,pemimpin yang mempunyai kepercayaan islam yang tinggi untuk kita jadikan sebagai PEMIMPIN.
Post a Comment