18 August 2009

Pengundi Hantu : AMK Gesa KJ Lapor SPRM

Angkatan Muda Keadilan menggesa Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin memfailkan aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung penemuan pengundi hantu di N11 Permatang Pasir.

Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata penemuan Khairy ini konsisten dengan penegasan AMK bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya gagal membersihkan gejala pengundi ragu dan hantu.

“Pada saya Khairy Jamaluddin ini adalah seorang yang bankrap idea politik dan dia cuba mengalihkan perhatian seloah-olah Pakatan Rakyat yang mempunyai pengundi hantu tetapi secara buktinya kita telah tunjuk kepada SPR terdahulu bahawa bagaimana data-data yang kita hadapi menunjukkan terdapat banyak kekeliruan dan keraguan dan terdorong di mana kita katakana sebagai pengundi hantu. Dan ini tidak pernah diambil tindakan serius oleh SPR,” katanya.

Shamsul menegaskan bahawa AMK dan sayap-sayap pemuda Pakatan Rakyat akan turut memfailkan laporan mendesak SPR bertindak keatas pengundi ragu dan hantu.

Peguam muda itu menambah Pakatan Rakyat sebelum ini telah memfailkan pelbagai aduan kepada SPR berhubung gejala ini namun tidak diambil serius oleh pihak suruhanjaya.

“Saya alau-alukan kalau Khairy nak failkan kes di SPR sebab kita pun akan fail kan kes yang sama malah kita akan failkan kes yang lama supaya suruhanjaya pilihan raya ini membersihkan daftar pemilih. Kerana kita yakin yang sebenarnya daftar pemilih yang dikatakan hantu ini telah lama ditunjukkan oleh Keadilan dan Pakatan Rakyat dalam pilihan-pilihan raya yang lalu tetapi tidak ada tindakan daripada SPR,” katanya. - tva

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive