Rupa-rupanya dalam Umno sendiri juga ada yang tak dapat terima dengan lawyer yang hanya hanya boleh dipanggil loyar buruk ni.
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak andaian wujudnya unsur sabotaj terhadap calon Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman kerana jentera pilihan raya parti menunjukkan komitmen untuk merampas kawasan itu.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno berkata beliau tidak fikir dalam Umno ada sabotaj kerana mereka telah bersepakat akan mematuhi apa sahaja keputusan yang telah dibuat oleh pimpinan parti.
"Sekarang ini mereka tidak bincang soal itu, mereka bekerja keras untuk menyakinkan kepada pengundi bahawa pengundi harus membuat keputusan dan saya tidak melihat apa-apa petanda dalam kelompok Barisan Nasional yang hendak mengambil langkah-langkah sebegitu.
"Saya dahpun duduk bersama mereka dan (mereka) nampak begitu komited, jadi ini mungkin adalah kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu untuk mencemarkan imej Barisan Nasional," katanya kepada pemberita selepas melancarkan logo SME Corp Malaysia dan majlis menandatangani Perjanjian Pajakan antara SME Corp Malaysia dengan MRCB di sini pada hari Jumaat.
Pada pilihan raya kecil itu Selasa ini, BN diwakili Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat, 38, yang akan berhadapan dengan Pesuruhjaya Pas negeri Mohd Salleh Man, 52.Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63 daripada PAS pada 31 Julai lepas kerana sakit jantung.Isu pembatalan lesen guaman sivil Rohaizat menjadi modal kempen PAS pada pilihan raya kecil itu. -- BERNAMA
No comments:
Post a Comment