Seorang pakar motivasi, Kamarul Ramizu Idris telah menyuarakan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon pada 17 Ogos dan pengundian pada 25 Ogos.
Kamarul Ramizu, 42, berkata beliau bersedia untuk membeli borang pencalonan dari Pejabat Pilihan Raya negeri, Jumaat ini."Saya sedia untuk bertanding di Permatang Pasir kerana saya telah memperuntukkan kira-kira RM100,000 bagi kempen pilihan raya kecil itu.
"Saya juga akan berkempen di kawasan Permatang Pasir supaya pengundi faham misi dan visi saya," katanya kepada Bernama di sini Selasa.
Sebelum ini, Kamarul Ramizu telah bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Penanti.
Bagaimanapun, katanya, beliau akan bertanding di Permatang Pasir sebagai calon underdog yang bertujuan untuk mendedahkan dirinya dengan orang ramai."Walaupun saya akan cuba sebaik mungkin, tapi saya tidak pernah jangka untuk memenanginya dan hanya menjadikannya sebagai satu pendedahan kepada diri saya bagi mempersiap diri menjelang pilihan raya umum akan datang," katanya.
Kerusi DUN Permatang Pasir kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada 31 Julai akibat sakit jantung.-- BERNAMA
3 comments:
Wahai saudara Ramizu,
Alangkah baiknya duit yg kau nak gunakan utk bertanding tu di Permatang Pasir nanti diberikan pada ku...Hari Raya dah dekat....banyak nak pakai duit ni... tambang bas pun dah naik..!!! Biar lah PAS-BN lawan satu dgn satu.
Baru sengit pertandingan tu....
Anak2 muda hari ini terlalu giarah berpolitik. Malang nya mereka sangat kurang atau terlalu cetek tentang 'kuasa politik'.
Kuasa politik Tanah Melayu harus di terajui oleh Melayu/Islam. Ertinya ketua pentadbiran Melayu/Islam dan EXCO nya mestilah lebih 51% Melayu/Islam. Jika perkara ini TIDAK berlaku ini bermakna 'kuasa politik Melayu/Islam' tidak ujud.
Perkara ini sudah berlaku di negeri Perak. Walaupun PAS cuma ada 6 kerusi DUN, wakil PAS menjadi Menteri Besar Perak. Tetapi jika di lihat pada barisan EXCO nya, PAS cuma ada seorang ahli sahaja. Sedangkan DAP/PKR ada 9 ahli EXCO nya.
Jika di pecahkan kepada kaum, Melayu/Islam cuma ada 3 ahli EXCO berbanding DAP/PKR 7(bukan melayu/Islam). Inilah yang di namakan Melayu/Islam sudah kehilangan 'kuasa politik' nya.
alahai..alangkah cerdiknya wak labu...mgkn wak labu ni otai politik melayu kot...tp nk tanya ckit wak, sape punye penangan yg membolehkan exco2 boleh dilantik dari mana2 kaum tanpa ada syarat utk utamakan exco dari bumiputera???jawab wak klu wak cerdik...
Post a Comment