08 August 2009

UMNO Najib Altantuya menggelupur dengan "Pergi Jahanamlah UMNO" - TGNA pertahan diri


Perkataan 'Pergi jahanamlah Umno' yang keluar daripada mulut Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai tindakbalas serangan bertali arus yang dihalakan kepada beliau kononnya beliau inginkan kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan menegaskan Umno kelihatan mengelumpur kesakitan akibat 'bisa serangan' daripada Murshidul Am PAS itu walaupun serangan itu sesekali, berbanding Tok Guru Nik Abdul Aziz yang sudah 19 tahun dizalimi.

"Seluruh media Umno dan BN sejak dulu menyerang beliau, sementara beliau tidak mempunyai media secukupnya untuk menjawab segala serangan tersebut. Kerajaan Pusat tekan dan tindas kerajaan pimpinannya.

"Umno memenjarakan anaknya selama enam tahun tanpa pernah dibuktikan sebarang kesalahan di mahkamah. Sedangkan beliau tidak mampu untuk memenjarakan anak-anak pimpinan Umno biarpun untuk enam minit. Maka apa yang mampu Tok Guru katakan ialah 'Pergi Jahanam Umno!'," tegasnya.

Jelasnya, sepanjang tempoh itu Tok Guru Nik Abdul Aziz mampu bertahan dan menyerap segala tekanan yang dibebankan ke atasnya. Namun jiwanya kental, fikirannya berakal dan hatinya cekal yang membuatkan musuh seperti kehilangan akal.

Tambahnya, pandangan pimpinan Umno yang menyifatkan Tok Guru Nik Abdul Aziz sebagai seorang yang bongkak serta bukan pejuang sebenar kerana mereka tidak pernah dizalimi serta tidak pernah merasai penderitaan teruk sebagaimana yang dialami oleh Tok Guru Nik Aziz.

Justeru itu katanya, mereka tidak boleh menerima kenyataan Tok Guru Nik Abdul Aziz sanggup berkata demikian.Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib berpendapat kenyataan Tok Guru Nik Aziz itu ditujukan kepada mereka yang mengamalkan dasar yang bercanggah dengan Islam.

"Iblis di dalam al-Quran dikatakan bongkak kerana ia menyanggah arahan Allah. Bahkan dikatakan 'Laknatullah' kerana melanggar arahan Allah. Begitu juga pihak lain yang melanggar arahan Allah itulah kedudukan mereka," katanya yang juga Ahli Parlimen Baling sewaktu dihubungi Harakah.

Tambahnya lagi, apa yang ditegaskan oleh Tok Guru Nik Aziz itu juga menggambarkan negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat juga menghadapi tekanan malahan tanda tangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat juga tidak diterima oleh kebanyakan agensi kerajaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat terus mempertahankan kenyataannya berhubung pendiriannya untuk menolak sebarang kerjasama dengan Umno apabila beliau menyatakan dengan tegas, ‘Pergi jahanamlah Umno’.

Tok Guru Nik Aziz menegaskan, kenyataan itu diluahkan untuk mempertahankan dirinya ekoran sikap pemimpin Umno yang kini memburuk-burukkan dan menghina namanya.

“Mereka sibuk dengan kenyataan saya yang kata jahanam. Mereka tak kira tindakan mereka yang memburuk-burukkan dan menghina saya. Siapa kata seorang tok guru tak sepatutnya mengeluarkan perkataan jahanam. Dalam al-Quran ada, nabi pun ada sebut perkataan-perkataan seperti itu,” katanya. - UtaraOnline

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive