27 November 2013

Hamba di London : Kakak mangsa berlepas ke London bersama Hishamuddin Rais

OLEH AMIN ISKANDAR, PENGARANG BERITA

NOVEMBER 26, 2013
LATEST UPDATE: NOVEMBER 27, 2013 09:44 AM
Kamar Mautum  bersama Hishamudin dan Dean Nelson di KLIA untuk penerbangan ke London. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 November, 2013.Kamar Mautum bersama Hishamudin dan Dean Nelson di KLIA untuk penerbangan ke London. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 November, 2013.Keluarga kepada Siti Aishah Abdul Wahab yang dipercayai menjadi "hamba psikologi" selama 30 tahun di Britian berangkat ke ibu kota negara itu malam ini untuk bertemu kembali sesudah berpuluh tahun terpisah.
Menurut Kamar Mahtum Abdul Wahab yang merupakan kakak kepada Siti Aishah, pertemuan ini memang sudah lama ditunggu-tunggu oleh keluarga semenjak ibunya masih hidup lagi.
"Saya tidak pasti sama ada dia masih ingat pada saya, akan tetapi saya percaya dia pasti kenal saya" kata Kamar kepada The Malaysian Insider apabila ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebentar tadi.
"Saya berharap dia berada dalam keadaan baik, terjaga, kesihatannya baik dan mendapat pertolongan dan perhatian diperlukan," katanya sambil air mata berlinangan di pipi.
“Saya berharap dia masih mengingati saya...” kata Kamar Mautum kepada The Malaysian Insider sambil menunjukkan gambar Siti Aishah yang masih tersimpan baik dalam buku nota peribadinya. Gambar  The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 November, 2013.“Saya berharap dia masih mengingati saya...” kata Kamar Mautum kepada The Malaysian Insider sambil menunjukkan gambar Siti Aishah yang masih tersimpan baik dalam buku nota peribadinya. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 November, 2013.Kamar yang merupakan bekas guru itu percaya pihak Kedutaan Malaysia akan memberi khidmat sepenuhnya kepada Siti Aishah dan keluarganya di atas semua urusan berkaitan dengan kes ini sehingga beliau pulang ke tanah air.
Turut bersama mengiringi Kamar ke London adalah bekas anak muridnya, Hishamudin Rais dan wartawan The Telegraph, Dean Nelson. 
Pagi ini Hishamuddin memecahkan kebuntuan kepada The Malaysian Insider berhubung identiti Siti Aishah yang baru dibebaskan selepas 30 tahun terkurung.
Wanita itu merupakan salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua lagi wanita adalah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian berumur 30 tahun.
Polis Britian masih belum mendedahkan identiti ketiga-tiga wanita tersebut  tetapi memaklumkan bahawa sepasang suami isteri ditahan berkait dengan kes itu.
Hishamuddin berkata, Siti Aishah merupakan pengikut kepada fahaman Marxist-Leninist dan pemikiran bekas pemimpin besar China Mao Tse Tung.

Difahamkan, "New Malayan Youth" adalah pertubuhan mahasiswa yang menggabungkan pelajar berhaluan kiri dari Malaysia dan Singapura pada 1970-an.
Hishamuddin yang pulang ke Malaysia pada 1994 selepas bertahun-tahun hidup dalam buangan berkata, Siti Aishah merupakan bekas penuntut Kolej Tunku Kursiah (TKC), Seremban dan kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Juruukur Bahan (QS) di London di bawah biasiswa "Colombo Plan". - 26 November, 2013.-TMI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive