Portal berita Daily Mail melaporkan, tidak dapat dipastikan keluarga mana daripada 38 warga Australia yang terbunuh apabila pesawat MH17 itu ditembak jatuh di timur Ukraine, akan memfailkan saman tersebut.
Kesemua mereka bakal diwakili peguam, Jerry Skinner yang berjaya mendapatkan $AS2.7 billion (RM11.03 bilion) daripada kerajaan Libya untuk waris pengeboman Lockerbie yang berlaku pada tahun 1988.
Skinner berkata, kes itu akan dibawa ke Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah.
Peguam itu berkata, beliau akan memfailkan saman ‘berbentuk meluas’ terhadap Rusia, Ukraine, Malaysia dan MAS selepas mendapat maklumat terakhir daripada Lembaga Keselamatan Belanda.
“Saya perlu mengambil tindakan kreatif untuk kes ini memandangkan kejadian ini terlalu besar dan sukar untuk ditangani oleh sistem kehakiman itu sendiri kerana melibatkan pihak yang tidak berada di bawah bidang kuasa sistem tersebut seperti Rusia dan Ukraine.
“Pihak utama dalam kes ini merupakan Rusia dan sekutunya serta MAS. Kedua-dua pihak bertanggungjawab ke atas kejadian ini,’’ katanya.
MAS sebelum ini bersedia membayar pampasan kira-kira AS$180,000 (RM558,000) untuk setiap mangsa.
Dalam kejadian itu, pesawat Boeing 777 tersebut ditembak jatuh di Grabove, timur Ukraine, ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, meragut kesemua 298 nyawa anak kapal dan penumpang.-5/12/2014
No comments:
Post a Comment