08 May 2015

Pakatan perlu ambil iktibar dari Pmtg Pauh


Selepas memenangi kerusi Permatang Pauh dengan majoriti yang selesa semalam, para penganalisis berkata Pakatan Rakyat kini perlu menumpukan perhatiannya terhadap usaha "menyembuhkan" perpecahan dalam gabungan itu.

Jika tidak, kata felo Institut Pulau Pinang, Wong Chin Huat, kecenderungan mengundi di daerah mengundi Sungai Lembu boleh menjadi petanda terhadap apa yang mendatang.

Daerah itu merupakan satu kawasan kecil luar bandar dengan hanya lebih 533 pengundi, dengan 98.69 peratus Cina mengikut data 2013.

Pengundian di kawasan itu menyaksi peralihan undi sebanyak 13.8 peratus memihak kepada BN dalam pilihan raya kecil semalam.

Wong berkata peratusan keluar mengundi di daerah itu semalam adalah kira-kira 60 peratus, berbanding dengan hampir 90 peratus dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dan 74.53 peratus bagi Parlimen Permatang Pauh semalam.

"Mereka (pengundi Sungai Lembu) mungkin tidak puas hati dengan Pakatan, tetapi tidak mahu mengundi BN. Oleh itu mereka tidak keluar mengundi, dan saya percaya faktor itu sebahagian besarnya ada kaitan dengan PAS [...]

"Itu harus menjadi kebimbangan kepada Pakatan (dan) kedua-dua DAP dan PKR, kerana apa yang mungkin menjadi kecenderungan dalam pilihan raya akan datang adalah mereka mungkin tidak mengundi BN. Mereka mungkin duduk di rumah dan sudah mencukupi bagi pihak seperti Gerakan untuk mendakwa bahawa (bahagian undi yang diperolehinya telah meningkat)," Wong katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi semalam.

Kempen pilihan raya Pakatan di Permatang Pauh telah dicomotkan oleh perbalahan dalaman berkaitan usaha PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Ini termasuk desakan pemimpin PAS di peringkat akar umbi supaya memboikot pilihan raya kecil itu berhubung isu berkenaan, walaupun ia kemudiannya telah ditarik balik.

Wong berkata episod seperti itu mungkin telah menakutkan pengundi yang tidak menyokong hudud.

Sementara itu, CEO Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan bersetuju bahawa Pakatan kini perlu menyelesaikan perbalahan itu.

Beliau berkata walaupun fakta menunjukkan bahawa PKR telah berjaya mengekalkan tahap sokongan terhadapnya, tetapi pada masa yang sama, ia gagal menarik penyokong baru.

"Ini menunjukkan bahawa isu-isu nasional mungkin mempengaruhi penyokong BN yang mungkin memutuskan untuk tidak mengundi, tetapi mereka memang tidak akan mengundi Pakatan.

"Ini menunjukkan, walaupun dengan kemarahan terhadap BN itu, Pakatan masih tidak mendapat lagi pengundi baru [...].

"Anda tidak melihat peningkatan dalam sokongan pada ketika anda sepatutnya mendapat tambahan sokongan," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi semalam.

PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail memenangi pilihan raya kecil dengan majoriti 8,841 undi malam tadi.

Walaupun jumlah majoriti itu berkurangan berbanding dengan pilihan raya umum ke-13, tetapi peratusan undi untuk PKR dan BN tidak memperlihatkan sebarang perubahan besar antara kedua-dua pilihan raya itu.

2 comments:

Anonymous said...

Mungkin mimpi senja boleh tolong nasihatkan pro ulama, ug (umno geng)...

Anonymous said...

Mcm mana undi majoriti nak bertambah kalau spr dok jadi barua umno.buatlah prk pd hari ahad atau sabtu itukan semua orang tak bekeja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive