Showing posts with label POLIS. Show all posts
Showing posts with label POLIS. Show all posts

30 March 2015

SKMM Polis serbu TMI, 3 ditahan

SHAH ALAM 30 MAC: Lebih 10 pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis hari ini menyerbu pejabat portal berita The Malaysian Insider (TMI) di Petaling Jaya.
Tiga editor kanan portal berita itu ditangkap bawah Akta Hasutan.
4833ba900ce4e071b0ca63167613352cMalaysiakini melaporkan Lionel Morais, Amin Iskandar dan Zulkifli Sulong dipercayai akan ditahan di lokap balai polis Jinjang, Kuala Lumpur malam ini.
Polis juga merampas komputer dan telefon tangan milik mereka.
Tindakan ini dipercayai berkaitan laporannya yang menyebut Majlis Raja-Raja Melayu menolak hudud yang didakwa palsu.

29 March 2015

Pelakon dipercayai terbabit sindiket dadah - Polis


AZMAN (dua dari kiri) bersama pegawai penyiasat menunjukkan sebahagian peralatan dan bahan kimia yang berjaya dirampas semalam dalam kes pengedaran dadah di daerah ini, di sini hari ini. - Foto Badrul Kamal Zakaria
MUAR: Pelakon lelaki dan rakannya yang ditahan polis di Pagoh di sini, semalam dipercayai terbabit dengan sindiket dadah yang mahu memindahkan pusat pemprosesan dadah mereka di Kuala Lumpur ke daerah ini, menurut polis.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob, berkata ini berdasarkan penemuan beberapa peralatan dan bahan kimia untuk memproses dadah dipercayai jenis syabu dalam kenderaan dinaiki pelakon dan lelaki itu.
"Kami percaya mereka (sindiket) baharu saja pindah dari sebuah kawasan di Kuala Lumpur ke daerah ini dan jika dilihat dari segi kelengkapannya, ia (peralatan) mampu memproses sehingga 5kg dadah pada satu-satu masa," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

28 March 2015

TERKINI : YB Tian Chua ditangkap

YB Tian Chua telah disahkan ditangkap polis. Beliau baru sahaja tiba di Balai Polis Jinjang.
Maklumat lanjut menyusul.

TERKINI: Rafizi dan Hisham direman 3 hari

24 March 2015

3 pekerja BFM disiasat isu video hudud

3 pekerja BFM disiasat isu video hudud
Polis hari ini merakamkan kenyataan daripada tiga kakitangan BFM yang terlibat dalam penerbitan video kontroversi berkaitan hudud.
Pasukan polis tiba pada jam 10 pagi tadi, diikuti pegawai daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
“Mereka disiasat bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” kata radio perniagaan itu dalam kenyataannya.
Seksyen 298 berkaitan kata-kata yang menjejaskan perasaan beragama seseorang.
Seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum setahun, denda atau kedua-duanya,
Seksyen 233 pula berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan jaringan, yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau penjara RM50,000.
“Pengurusan BFM Media Sdn Bhd menyokong penuh pekerja-pekerja dalam melaksanakan tugas mereka.
“Radio stesen ini mempertahankan mereka dan tetap komited memberikan sokongan diperlukan mereka pada masa-masa sukar,” kata BFM.
Laporan dakwa hina Islam
Tujuh NGO hari ini bergabung membuat laporan polis menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Aisyah Mohd Tajuddin (atas) kerana didakwa menghina Islam.
Wartawan BFM Kupas itu sebelum ini tampil dalam video bertajuk “Hudud Isi Periuk Nasi”, yang menyebabkan dia menerima ugutan termasuk ugutan bunuh dan rogol.
Dalam video itu, Aisyah antara lain menyampaikan mesej bahawa Kelantan sepatutnya mengutamakan soal ekonomi dan bukannya pelaksanaan hudud.
Dengan sinis, Aisyah turut menunjukkan bungkusan nasi lemak yang didapati tidak mengandungi isi.
Video itu diterbitkan tidak lama selepas Kelantan berjaya meminda Enakmen Kanun Jenayah Syariah II, Rabu lalu. - M'kini

21 March 2015

Video Hina Hudud : Polis Siasat BFM


KUALA LUMPUR 21 Mac - Polis akan menyiasat stesen radio BFM berhubung penyiaran klip video kontroversi bertajuk "Hudud Isi Periuk Nasi" yang menampilkan seorang penyampai wanita baru-baru ini.

Perkara ini dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menerusi laman twitternya hari ini.

Khalid juga berkata, polis akan memanggil dan menyiasat pihak yang mengugut wanita berkenaan.

"Kes BFM, @PDRMsia akan siasat kedua-dua pihak, penyiar BFM dan yang ugut penyiar. Penulis skrip penyiar juga akan dipanggil," katanya. Klip video dengan skripnya disampaikan seorang wanita, Aisyah Tajudin, itu dimuat naik kelmarin. Ia dikatakan menyindir kelulusan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Penyiaran klip video itu mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk pengguna di media sosial yang menganggap stesen radio dan wanita itu tidak sensitif dalam menyampaikan laporan mereka.

Semalam, stesen radio itu memohon maaf dan menarik balik klip video berkenaan yang menjadi viral di internet.

11 March 2015

#KitaLawan : Bendahari Pemuda PAS pula ditahan


Bendahari Pemuda PAS, Fakhrurazi Mokhtar menjadi orang kelima yang ditahan polis berhubung perhimpunan 'Kita Lawan' pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sabtu lalu.

Peguamnya, Ariff Azami Hussein memberitahu Malaysiakini, Fakhrurazi yang hadir ke balai polis Dang Wangi pada jam 12.30 tengah hari tadi untuk memberi keterangan tentang perhimpunan itu kini di tahan.

Menurut Ariff, Fakhrurazi di tahan di Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman.

Fakhrurazi yang juga seketariat perhimpunan Kita Lawan merupakan orang kelima yang ditahan polis selepas pemimpin PKR yang lain, iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad, Rafizi Ramli, Fariz Musa dan Saifullah Zulkifli.

Selain itu, Ariff memberitahu bahawa Fakhrurazi akan dibawa ke lokap balai polis Jinjang malam ini dan proses permohonan reman akan dibuat esok.

"Walaupun kami para peguam cuba berunding tadi supaya tidak tahan (Fakhrurazi) hari ini, tetapi pegawai penyiasat kata ia sama dengan tangkapan yang lain.

"Malam ini dia akan di bawa ke Jinjang dan proses permohonan reman akan dibuat esok," katanya.

Sabtu lalu, kira-kira 10,000 penyokong Pakatan menganjurkan demonstrasi Kita Lawan. Nik Nazmi bersama barisan kanan PKR berarak dari kompleks membeli-belah Sogo ke menara KLCC.

Selain mendesak pembebasan Anwar, mereka juga menuntut pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

10 March 2015

Rafizi ditahan selepas buat laporan kes 1MDB


Polis terus menahan pemimpin pembangkang berhubung siasatan kes perhimpunan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sabtu lalu.

Terbaru, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli ditangkap ketika hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur untuk membuat aduan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Rafizi ditahan jam 7 malam bagi siasatan bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman.

Ketua PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (foto, dengan mikrofon), yang ditahan dua hari lalu, dibebaskan jam 8.20 malam ini, kata peguamnya Melissa Sasidaran.

Seorang lagi pemimpin demonstrasi Kita Lawan, Fariz Musa (foto, pakai topi), ditahan hari ini dan belum dibebaskan.

Menurut kenyataan biro komunikasi PKR, Rafizi ditahan sejurus selesai memberi keterangan berkenaan dakwaan berkaitan syarikat pelaburan negara itu.

27 February 2015

Polis cadang lokasi demo pro-Anwar


Polis menawarkan lokasi baru kepada penganjur perhimpunan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 Mac, kata ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong.

Menurutnya, polis tidak bersetuju dengan cadangan untuk mengadakan perhimpunan tersebut di depan kompleks beli-belah Sogo.

"Kami ditawarkan tempat di Padang Merbok atau Stadium Merdeka oleh ketua polis daerah Dang Wangi (Zainol Samah)," katanya.

Bercakap selepas pertemuan dengan polis hari ini, beliau menambah, polis berpendapat lalu lintas lebih mudah dikawal jika ia diadakan di lokasi alternatif.

19 February 2015

Kes wanita bogel bukan di balai polis M'sia


Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelaskan rakaman wanita bogel yang menari di sebuah balai polis tidak berlaku di negara ini.

Sebaliknya, menurut kenyataan Bukit Aman di Facebook, semakan polis mendapati ia berlaku di Moscow, Rusia.

“Tindakan pihak yang memuat naik berita palsu tersebut dilihat sebagai satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab, boleh mengelirukan masyarakat dan berupaya mencemar imej PDRM ,” menurut kenyataan itu.

Polis juga menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial dengan cara yang boleh “menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam”.

“Gunakanlah ia dengan bijak dan berhemah untuk kebaikan bersama,” menurut kenyataan itu lagi.

Polis juga menyiarkan imej rakaman layar sebuah Facebook dikenali sebagai "Informasi Malaysia Kini" yang menyebut ketua polis negara memerintahkan anggotanya yang merakam aksi itu dipecat.

"Sekumpulan anggota polis bakal berdepan tindakan buang kerja selepas video yang mereka rakamkan, yang memperlihatkan bagaimana seorang wanita berbogel sambil menari-nari di balai polis, tersebar," menurut maklumat kontroversi itu.

Turut dimuatkan dua keping gambar wanita berambut perang muda berbogel, salah satunya berdiri di atas meja. - malaysiakini

17 February 2015

Polis cari dalang video provokasi @ ISIS Malaysia



Oleh Ahmad Saufi Mansor 

am@hmetro.com.my

Sungai Petani: Polis mengesahkan sudah membuka kertas siasatan berhubung penyebaran video provokasi oleh kumpulan Anak Muda Malaysia yang mengugut untuk mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan mahkamah dengan menyerang mahkamah pada 11.30 malam esok.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, siasatan kes berkenaan akan dibuat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan dan Akta Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
"Kita masih menyiasat mengenai video berkenaan untuk mengesan dalangnya dengan mendapat bantuan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini, sebentar tadi.
Harian Metro sebelum ini melaporkan kumpulan itu membuat ancaman melalui video berdurasi 1:01 minit yang dimuat naik melalui YouTube, kelmarin.
Video itu memaparkan empat lelaki berbaju hitam dan menutup muka turut menegaskan perjuangan mereka baru bermula.
Malah, gambar pelakon Nora Danish turut dimasukkan di dalam video itu.




VIDEO yang disebar menerusi YouTube.

02 February 2015

Dua Anggota Polis Didakwa Rogol Pelajar Ditahan Reman




Diterbitkan: Isnin, 2 Februari 2015 2:25 PM

PETALING JAYA: Dua anggota polis dijangka akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Isnin kerana didakwa merogol dan memeras ugut seorang pelajar kolej berusia 19 tahun, polis mengesahkan.

Remaja berkenaan membuat laporan pada Sabtu, mendakwa kedua-dua pegawai polis terbabit telah menangkap dia dan teman lelakinya yang sedang melakukan hubungan seks di dalam kereta di Kota Damansara pada 26 Januari dan telah mengambil kesempatan terhadap dirinya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, mangsa mendakwa seorang pegawai membawanya ke dalam kenderaan polis, manakala seorang lagi pegawai membawa teman lelakinya ke balai polis dengan keretanya.

24 January 2015

Video Zamani: Dua Anggota Polis Digantung Tugas


Diterbitkan: Sabtu, 24 Januari 2015 2:42 PM

PETALING JAYA: Dua anggota polis yang memaksa penyanyi kumpulan popular 90-an menyanyi ketika di lokap dan tangannya digari telah digantung tugas.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zubaidah Md Ismai berkata, pihaknya mengadakan siasatan berhubung penyebaran video penyanyi, Zamani Ibrahim yang menjadi virul menerusi media sosial itu.
"Ketua Polis Negara memberi kebenaran kepada jabatan untuk memindahkan anggota terbabit daripada tugas sehingga siasatan selesai.
"Kami bukan sahaja menyoal siasat mereka, tetapi juga penyelia mereka untuk mengetahui bagaimana kesilapan seumpama itu boleh berlaku dalam prosedur tugas polis.
"Kami menyiasat dari semua sudut," katanya.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan pangkat kedua-dua anggota terbabit, tetapi memberi jaminan tindakan tegas akan dikenakan jika didapati melanggar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

23 January 2015

‘Saya maafkan’- Zamani




Oleh Riadz Radzi 

riadz@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bekas penyanyi Slam, Zamani Ibrahim, 43, memaafkan pihak yang bertanggungjawab merakam dan menyebar video dia disuruh menyanyi dalam keadaan tangan bergari ketika ditahan, baru-baru ini.
Abangnya, Zulfazil, 50, berkata, permintaan itu dilakukan Zamani sendiri ketika dia berjumpa dengan penyanyi itu di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, di sini, 3.30 petang tadi.
“Dia takkan ambil apa-apa tindakan. Walaupun terkejut dengan keputusan Zamani tetapi saya bangga dengan tindakannya itu.
“Dia juga nampak sihat dan bersemangat kerana tahu ramai yang bersimpati dengannya berikutan kejadian itu,” katanya.
Zulfazil hadir ke IPD Ampang ditemani Presiden KARYAWAN Datuk Freddie Fernandez dan pengurus Zamani, Johan Aziz.
Zulfazil berkata, Zamani hanya tahu video berkenaan menjadi ‘viral’ selepas diberitahu Johan dalam pertemuan mereka petang tadi.
“Ketika bertemu saya tadi, dia bertanya sama ada penyebaran video itu serius atau tidak. Saya katakan ia serius kerana sudah menjadi viral di Internet serta menerusi aplikasi WhatsApp,” katanya.
Zulfazil berkata, dia yang mewakili keluarganya juga tidak akan mengambil tindakan kerana menghormati keputusan Zamani itu serta menyerahkannya kepada pihak polis., 




22 January 2015

PDRM Siasat Individu Rakam Video Zamani Nyanyi Sambil Digari - KPN


Foto:MIFoto:MIKUALA LUMPUR: Susulan penyebaran video yang memaparkan bekas vokalis popular kumpulan Slam, Zamani menyanyi dalam keadaan tangan digari, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan pihaknya akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang merakam dan memuat naik video berkenaan.
Perkara tersebut dimaklumkan Khalid di laman sosial, Twitter miliknya, @KBAB51 sebentar tadi selepas satu video berdurasi 1 minit 23 saat memaparkan bekas vokalis itu seolah dipaksa menyanyi, mula tersebar di laman sosial termasuk aplikasi whatsApp, sejak pagi tadi.
Akibat penyebaran video tersebut, rata-rata pengguna laman sosial dilihat mengutuk insiden berkenaan dan menyatakan ia sepatutnya tidak berlaku.

10 January 2015

Dadah Baru Daun Khat Diisytihar Daun Teh Untuk Diseludup Ke Malaysia

alt
KUALA LUMPUR, 9 Jan. - Polis mengesan dadah organik berupa sejenis daun dinamakan “Khat”, yang digunakan masyarakat Timur Tengah dengan cara mengunyahnya kini mula diseludup ke negara ini secara besar-besaran.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata dadah berkenaan dibawa masuk melalui syarikat kiriman barang dan sindiket dadah memalsukan dokumentasi penghantaran daun itu dengan mengisytiharkannya sebagai daun teh dan daun inai.
Beliau berkata hasil siasatan Jabatan Kimia mendapati daun berkenaan mengandungi dadah jenis Cathinone iaitu bahan, yang mengkhayalkan seperti ephiderin dan amphetamine.
“Ia dadah baharu yang diseludup masuk ke Malaysia untuk kegunaan masyarakat Timur Tengah dan mereka mengunyahnya untuk khayal.
“Kita khuatir jika tidak dibendung ia akan merebak dan digunakan oleh penagih tempatan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di ibu negara.
Katanya pendedahan itu dibuat berdasarkan maklumat awam dan tindakan operasi serbuan pasukan Narkotik Polis Bukit Aman di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Rabu lalu dan di sekitar Selangor serta ibu negara, semalam.
Dalam dua serbuan itu, polis menahan empat lelaki, iaitu dua warga tempatan, seorang dan seorang warganegara Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Kesemua mereka berusia antara 19 dan 54 tahun dan kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh membawa hukuman mati mandatori.
Noor Rashid berkata polis turut merampas 10 kotak, yang mengandungi daun tersebut seberat 90.78 kilogram dianggarkan bernilai RM50,000 yang diseludup dari Uganda, Afrika.
“Siasatan awal polis mendapati lelaki Yemen telah memasuki negara ini menggunakan pas pelawat beberapa minggu lepas manakala lelaki warga UAE itu merupakan pelajar kolej swasta di ibu negara,” katanya.
Polis juga percaya terdapat warga tempatan yang bersubahat dalam penyeludupan dadah itu.
Beliau memberi jaminan pemantauan dan risikan akan sentiasa dijalankan bagi membendung penyeludupan dadah tersebut.

03 January 2015

Dua Ditahan Disyaki Cuba Sertai Militan IS Di Syria


Diterbitkan: Jumaat, 2 Januari 2015 9:36 PM
Anggota polis Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman mengiringi wanita berusia 27 tahun yang ditahan.

KUALA LUMPUR: Seorang wanita dan remaja lelaki ditahan kerana disyaki cuba menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria.
Mereka ditahan secara berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 24 dan 28 Disember lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tangkapan pertama dilakukan ke atas wanita itu yang berusia 27 tahun yang berasal dari Negeri Sembilan dan merupakan bekas penuntut institusi pengajian tinggi swasta di Lembah Klang.
"Suspek terpengaruh untuk menyertai kumpulan IS di Syria selepas menonton video propaganda kumpulan tersebut melalui Youtube dan berinteraksi melalui Facebook dengan seorang anggota kumpulan IS, yang dikenalinya sejak pertengahan November 2014," katanya.
Beliau berkata, suspek kemudiannya berkahwin dengan anggota IS tersebut yang merupakan warga negara Maghribi pada pertengahan Disember 2014 melalui aplikasi panggilan video, Skype.
Beliau berkata, lelaki itu telah memujuknya untuk menyertainya di Syria.
Khalid berkata, tangkapan kedua dilakukan ke atas remaja lelaki berusia 22 tahun yang berasal dari Terengganu.
Dia merupakan pelajar institusi pengajian tinggi awam di Perlis.
Beliau berkata, suspek juga terpengaruh untuk menyertai IS selepas menonoton video dalam Youtube dan berinteraksi dengan beberapa anggota IS melalui Facebook, yang merupakan warga negara Malaysia dan warga asing yang berada di Syria.
"Suspek merancang untuk terlibat dalam serangan bunuh diri di Syria," katanya.
Khalid berkata, kedua-dua mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VI A-Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).
Dengan penangkapan terbaharu itu, polis telah menahan 51 individu rakyat tempatan yang cuba menyertai atau membantu kumpulan militan IS.- mStar

22 December 2014

Sarang Pelacuran Diserbu, 12 Warga Asing Ditahan



Diterbitkan: Isnin, 22 Disember 2014 4:01 PM

KLANG:Dua 'sarang' pelacuran yang berselindung di sebalik premis pusat urut dan refleksologi di Bukit Tinggi di sini, terbongkar apabila diserbu pihak berkuasa malam Ahad.
Dalam serbuan kira-kira pukul 12 tengah malam oleh sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman itu, seramai 12 tukang urut warga asing yang dijadikan hamba seks ditahan.
Mereka yang ditahan terdiri daripada tujuh warga Vietnam dan lima lagi warga Thailand kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Kesemua mereka berusia 19 hingga 37 tahun.

17 December 2014

Suspek Militan IS Warga Malaysia Ditahan Di KLIA



Diterbitkan: Rabu, 17 Disember 2014 10:21 AM
klia

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki rakyat tempatan yang dipercayai mahu berlepas untuk ke Syria bagi menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Khalid berkata, lelaki berusia 39 tahun itu cuba untuk pergi ke Turki selepas transit di Brunei.
"Suspek ditahan pada pukul 5.30 pagi tadi.

27 November 2014

Suaram gesa inkues ke atas kematian Syed Mohd Azlan


HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menyifatkan kenyataan yang menyebut kematian Syed Mohd Azlan ketika dalam tahanan pada 4 Novermber berlaku secara tiba-tiba adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan tidak berintegriti.

"Dalam sijil kematian yang dikeluarkan oleh Hospital Sultan Ismail tertulis si mati mati disebabkan oleh hentakan benda tumpul di dada dan bukan mati secara tiba-tiba," kata Suaram dalam satu kenyataan.

14 November 2014

Buang janin dekat kubur

Johor Bahru: Seorang remaja perempuan ditahan polis susulan penemuan satu janin di tepi perhentian bas berhampiran tanah perkuburan di Jalan Kebun Teh di sini, semalam.
Remaja berusia 16 tahun itu ditahan selepas disyaki membuang janin berkenaan yang diletakkan dalam sebuah kotak di bawah rimbunan pohon buluh di lokasi kejadian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive