Showing posts with label alvin tan. Show all posts
Showing posts with label alvin tan. Show all posts

11 December 2014

Alvin, Ali diminta serah pasport

Foto: Sinr HarianFoto: Sinr HarianPUTRAJAYA - Blogger kontroversi Alvin Tan dan aktivis politik Ali Abdul Jalil diminta hadir ke Jabatan Imigresen Malaysia atau Pejabat Perwakilan Malaysia yang terdekat bagi menyerahkan pasport masing-masing.
Jabatan Imigresen Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata ini adalah kerana pasport Malaysia Antarabangsa milik Ali bernombor A32104821 dan Alvin Tan atau nama sebenarnya Tan Jye Yee bernombor A32765005 telah ditarik balik berkuat kuasa 9 Disember lepas.

Penarikan pasport Tan dan Ali merupakan kes pertama dilakukan Jabatan Imigresen Malaysia.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata  pasport adalah hak milik kerajaan Malaysia dan ia boleh ditarik balik pada bila-bila masa.

07 December 2014

Alvin Cabar Zahid Batalkan Pasportnya


Diterbitkan: Ahad, 7 Disember 2014 8:06 PM

Alvin Tan. 
PETALING JAYA: Penulis blog lucah Alvin Tan mencabar Menteri Dalam Negeri supaya membatalkan pasportnya. 
"Lakukan sahaja," tulis Alvin di entri terbaru akaun Facebook miliknya pada Ahad, beberapa jam selepas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipetik sebagai berkata pasport Tan merupakan harta kerajaan dan ia 'boleh dibatalkan' pada esok (Isnin)."

"Jangan sekadar mengugut...jangan jadi pengecut....," tulisnya.

18 July 2013

Persenda Umat Islam Dan Gambar Bogel: Alvin, Vivian Didakwa Tiga Pertuduhan - Tidak dibenar ikat jamin


Alvin (kanan) dan pasangannya, Vivian.
KUALA LUMPUR: Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.
Pertuduhan terhadap Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau nama penuhnya Lee May Ling, 24, dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.
Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian - Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yangbertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan!!!" yang mengandungi logo Halal.
Pasangan itu didakwa melakukan kesalahan itu pada 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai lepas di 568-14-18, Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, di sini.
Mereka didakwa mengikut subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.
Bagi kesalahan pertama kali, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya, boleh dipenjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan. - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pasangan kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas tiga tuduhan mempamer gambar lucah, menerbitkan satu penerbitan menghasut serta memuat naik kandungan itu di laman sosial Facebook, baru-baru ini.

Mereka yang mencetuskan kontroversi dengan memuat naik gambar makanan haram sebagai juadah berbuka puasa dalam Facebook bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan bagi semua tuduhan itu. 
Berdasarkan tuduhan pertama, Alvin atau Tan Jye Yee, 25, dan Vivian, Lee May Ling, 24 didakwa menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman muka buku (Facebook) "Alvin dan Vivian-Alvivi" iaitu satu kandungan gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (Dengan Bak Kut Teh.. Wangi, Enak, Menyelerakan!!!" yang mengandungi logo Halal serta ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Mereka juga didakwa memuat naik kandungan itu sehingga berkemungkinan menyebabkan rasa permusuhan atas alasan agama antara orang yang menganut agama berlainan.

Sementara itu, mereka turut didakwa mempamerkan gambar didapati lucah di laman sosial mengikut Akta Penapisan Filem.

Blogger sex Alvin dan Vivian akan didakwa di Mahkamah Sesyen KL hari ini [Khamis]

KUALA LUMPUR: Pasangan yang mempersenda umat Islam dan Ramadan melalui laman Facebook mereka, Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta, di sini Khamis, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah.
Ku berkata demikian ketika dihubungi Bernama tetapi beliau enggan menyatakan jenis dakwaan yang akan dikenakan terhadap mereka serta masa pasangan itu akan dihadapkan ke mahkamah.
Menurut sumber polis, pasangan itu sepatutnya menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada pukul 3 petang ini tetapi mereka tidak berbuat demikian.
"Melalui pesanan ringkas yang dikirim oleh peguam, pasangan tersebut akan serah diri di Bukit Aman dan kita juga panggil mereka untuk ke IPD Dang Wangi namun sehingga petang ini mereka tidak muncul," kata sumber itu.
Pasangan itu didakwa memuat naik gambar mereka makan Bak Kut Teh beserta kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini di laman sosial berkenaan, baru-baru ini.
Kelmarin, Tan dan Lee memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di sini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Pada Selasa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis Kuala Lumpur telah membuka kertas siasatan terhadap pasangan itu mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan kesalahan atas alasan yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, kebencian sehingga memudaratkan perpaduan. -BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive