Showing posts with label zunar. Show all posts
Showing posts with label zunar. Show all posts

09 October 2014

Mahkamah tolak pengharaman buku kartun, Zunar menang

Mahkamah Rayuan sebentar tadi menolak keputusan kerajaan yang mengharam buku kartun karya saya-1 Funny Malaysia & Perak Darul Kartun dan memberi kemenangan saya dan Malaysiakini.
Zunar kartunisYang Arif Muhammad Ariff Yusof, Yang Arif Tengku Maimun Tn Mat, and Yang Arif Varghese a/l G Varughese membuat kuputusan sebulat suara.
Saya tidak hadir kerana berada di San Francisco. Tetapi ini adalah kenyataan ringkas saya: Saya bersyukur dan berpuas hati atas keputusan ini. Ia memberi semangat baru kepada saya untuk meneruskan agenda “Berjuang Melalui Kartun”.
Kedua-dua buku tersebut diharamkan pada Julai 2010 kerana kerajaan menyatakan bahawa kandungannya boleh menggugat ketenteraman awam. Tetapi keputusan mahkamah membuktikan bahawa yang membahayakan ketenteraman awam bukan karya kartun, tetapi kerajaan yang takut kepada kartun.

24 May 2014

Lepas lancar buku, Zunar minta disaman



Kartunis terkenal Zunar mencabar ahli politik dan individu terkenal yang dinamakan dalam buku kartun terbarunya berkaitan kes pertuduhan liwat kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim menyamannya jika fakta disampaikan tidak benar.
Katanya, beliau tidak  gentar didakwa di mahkamah Malaysia ekoran penerbitan buku barunya berjudul Komplot penjara Anwar: Najib jatuh hukum, hakim ikut skrip itu.
“Hari ini saya mencabar keempat-empat nama ini saman saya kalau saya tulis ini tidak betul saman sahaja.
“Saya tidak ada masalah keluar masuk mahkamah Malaysia, sudah jadi perkara biasa bagi saya. Masuk mahkamah Malaysia kalau kita langkah saja kita sudah kalah.

25 July 2012

Abby jawab Zunar : Kami akan mula berkarya selepas BN tumbang

KUALA LUMPUR, 25 Julai — Pelakon yang baru-baru ini menyertai PAS, Arbaiyah Abdul Manan (gambar), yang popular dengan panggilan Abby Abadi menjawab kenyataan Zulkiflee Anwar Ulhaque (Zunar) mengenai “artis sertai Pakatan Rakyat (PR) hanya berceramah tetapi tidak berkarya” dengan mengatakan beliau hanya akan kembali berkarya selepas Barisan Nasional (BN) ditumbangkan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Abby Abadi juga berkata, dunia seni yang Islamik hanya akan wujud selepas PAS mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

“Dalam situasi artis yang berhijrah (menyertai PAS) seperti saya sekarang ini, En Zunar kena faham keadaan artis-artis yang menyertai PAS khususnya wanita.

“Jadi bila berhijrah ruang untuk berkarya agak terbatas, yang berlakon dan menyanyi, memerlukan filem, drama dan rancangan yang bercorak Islamik.

15 June 2011

Kartunis Zunar saman kerajaan Najib

Pelukis kartun dan satira Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih popular dengan nama Zunar hari ini memfailkan saman ke atas kerajaan Malaysia berhubung tahanannya tahun lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dalam saman itu, Zunar menuntut bayaran pampasan yang tidak dinyatakan jumlahnya. Beliau menamakan pegawai yang menahannya Arikrishna Apparau, pegawai penyiasat Marina Hashim, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, kementerian dalam negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive