30 July 2008

BPR terima laporan 6 pegawai polis salah guna kuasa babitkan RM98 juta

30/07/2008 5:49pm

KUALA LUMPUR 30 Julai – Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini mengesahkan telah menerima satu laporan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa enam pegawai Jabatan Lojistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan kontrak bernilai RM98 juta pada pilihan raya umum Mac lalu.
Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan yang dihubungi memberitahu, pihaknya menerima laporan itu pagi ini.
Semalam, Ahli Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Robert Phang dalam satu sidang akhbar mendedahkan beliau menerima dokumen-dokumen mengenai dakwaan-dakwaan penyalahgunaan kuasa tersebut baru-baru ini.
Menurut Robert, penyalahgunaan kuasa itu melibatkan enam pegawai Jabatan Lojistik PDRM berpangkat asisten supritendan sehingga komisioner. – Utusan

Sumber: UM

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive