14 June 2009

Beberapa Pemimpin MCA akan ikuti jejak Zaid

Keputusan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zaid Ibrahim menyertai PKR semalam dijangka di susuli dengan kemasukkan beberapa tokoh MCA ke dalam parti itu, menurut laporan Malaysian Insider.

Seorang bekas senator dan bekas menteri dari parti Barisan Nasional itu dilapor sedang menimbang untuk menyusul langkah Zaid menyertai PKR.

Zaid dilihat sebagai seorang pemimpin Melayu yang disenangi oleh kaum Cina dan kemasukan beliau dalam PKR akan membantu imej parti pembangkang itu, menurut laporan berkenaan.

Zaid dipecat dari UMNO tahun lalu setelah melepaskan jawatannya dalam Kabinet kerana membantah langkah BN menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri terhadap beberapa orang termasuk wartawan.

MCA telah dibelenggui dengan masalah dalaman setelah parti itu kalah teruk pada pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Presiden MCA Ong Tee Keat dilihat sebagai gagal untuk meraih kembali sokongan kaum Cina dan kini terbabit dalam percakaran terbuka dengan timbalannya Chua Soi Lek.

Sokongan kaum Cina untuk MCA dikatakan merosot kepada hanya sekitar 15 peratus berbanding 30 peratus pada pilihanraya umum lalu.

Satu undian dalam laman web Ong menyaksikan purata tiga daripada empat orang yang menyusuri laman itu mahukan parti itu keluar daripada Barisan Nasional.

Ini kerana masyarakat Cina mempunyai tanggapan negatif yang semakin menebal terhadap UMNO.

Kemasukan Zaid dalam PKR juga dilihat akan membantu meleraikan syak wasangka orang Cina terhadap Pakatan Rakyat berikutan pemilihan pucuk pimpinan PAS minggu lalu yang membariskan ramai ulamak.

Zaid dihormati sebagai pemimpin Melayu bersikap sederhana dan sentiasa menganjurkan sifat kerjasama dan toleransi antara pelbagai kaum di negara ini.

Zaid memberitahu pemberita semalam bahawa beliau berhasrat membantu memperkukuhan Pakatan Rakyat untuk menjadikannya sebuah kerajaan alternatif yang berupaya menggalas amanah rakyat. - SK

1 comment:

seli gengate said...

Tahniah Datuk Zaid ibrahim kerana membuat keputusan menganggotai PKR. Saya Sebagai pengikut setia DZI semasa beliau memimpin UMNO Kota Bharu dulu lebih mengerti laluan pahit yang sentiasa dilaluinya semata-mata memberi keadilan saksama kepada masyarakat Kota Bharu tanpa mengira fahaman politik.Tindakannya membuatkan pemimpin UMNO yang lain mencemburui beliau, lantas bermacam-macam tuduhan dilemparkan keatas beliau termasuklah poltik wang akibatnya beliau digantung ahli UMNO.Sememangnya UMNO tidak gemar mempunyai pemimpin seperti beliau,UMNO lebih gemarkan pemimpin Pak Turut.
Harapan kami penduduk Kota Bharu,agar beliau dapat menghidupkan kembali Cabang dan ranting PKR dalam kawasan Kota Bharu yang akhir-akhir ini semakin lesu akibat ketandusan pemimpin yang berkalibar.Saya berani mengatakan sekiranya beliau bertanding dalam PRU13 atas tiket PKR di Kota Bharu,insyallah beliau akan memperolehi majoriti lebih dari sepuloh ribu undi mengatasi calun BeeEnd yang masih ketandusan pemimpin sejak dari dulu...kini dan selamanya...
Beliau menang PRU11 atas tiket BN kerana mendapat sokongan meluas dari penyokong-penyokong PAS, tapi malangnya PRU12 beliau tidak dicalunkan..ini yang membuatkan kami di Kota Bharu tertanya-tanya hingga sekarang apa dah jadi dengan UBN, melantik calun lain yang akhirnya kalah lebih 10 ribu undi.
Akhir sekali untuk Datuk Zaid Ibrahim,saya mengharapkan agar beliau jangan lupa pengikut-pengikut lama beliau semasa dalam UMNO kerana mereka itu semua semenangnya menunggu masa mengikut kemana saja arah tuju Datuk.Terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive