19 May 2010

MP Telok Kemang pun nak jadi katak?


Oleh Fazy Sahir

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Telok Kemang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Kamarul Baharin hari ini menafikan sekeras – kerasnya khabar angin yang menyatakan bahawa beliau juga akan melompat parti tidak lama lagi.

Sebaliknya beliau menegaskan beliau akan terus taat setia dengan PKR dan sekaligus melenyapkan spekulasi bahawa beliau adalah di antara Ahli Parlimen dari parti itu yang akan berpaling tadah.

Beliau berkata, "jika dibandingkan dengan mereka yang melompat parti sebelum ini, mereka hanya dua tiga tahun dalam PKR. Jadi tidak hairanlah kalau mereka mudah terpengaruh dengan janji-janji para pemimpin Barisan Nasional.


"Saya sudah 10 tahun dalam PKR, saya akan tetap bersama dengan PKR…. mustahil saya akan melompat parti. Jika saya lompat… parti mana yang saya akan sertai?" katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today, hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Ampang dan juga ahli biro politik PKR Zuraidah Kamaruddin menafikan khabar angin bahawa beliau juga akan melompat parti dan menjadi ahli bebas.

Seorang lagi tokoh kontroversi dari parti itu, S Manikavasagam turut menafikan bahawa beliau akan keluar PKR tetapi sebaliknya berikrar untuk terus bekerjasama dengan kerajaan negeri Selangor untuk membenteras rasuah.

Semalam, ahli parlimen Kapar itu menemui Ketua Umum Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para pemimpin tertinggi parti itu berbincang mengenai dakwaan rasuah melibatkan anak syarikat milik kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd. - FMT
STONE : Macam-macam cerita akhir-akhir ni, seolah-olah SEMUA MP dan ADUN Pakatan nak cabut lari ... betoi ke ni? Orang kata tak der angin masakan pokok bergoyang ... tapi sekarang ni tak der angin pun pokok masih boleh bergoyang dek kerja berok-berok makye di luar sana ...

2 comments:

Kucing Parsi said...

adun padungan dominique ng adalah adun pertama dari PKR...

beliau tidak melompat dari dahulu lagi
bukan kerana undang2 DUN sarawak menyatakan tidak boleh melompat
mungkin kerana kesetiaan ataupun DUn sarawak sudah menjadi 2/3 itu saya tidak pasti

yang pasti walaupun beliau sudah lama dengan PKR moral nya masih tinggi
kerana dengan melompat parti beliau cuma mampu melihat dirinya akan tewas

PKR di kawasan padungan amatlah hebat
PKR di kawasan padungan masih baru tetapi masih mantap

hidup ahli parti yang setia
semoga anda di berkati tuhan

visit
http://melodymockers.blogspot.com/

Anonymous said...

Seandainya anda semua hendak jadi katak puru teman mendoakan agar allah melaknatkan anda semua aminnn

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive