11 September 2010

Ahli KeAdilan mahukan Anwar memimpin secara langsung — Dr Ramli Daud

September 11, 201011 SEPT — Ketika mana para jeneralnya kalut melobi dan berkempen untuk menduduki kerusi nombor dua parti, Dato’ Seri Anwar masih berdiam diri dan tidak memberikan indikasi jelas samada dia mahu atau tidak memegang jawatan Presiden parti KeADILan. Ahli-ahli parti barangkali masih lagi menunggu pengumuman rasmi beliau, samada untuk tampil memimpin KeADILan secara langsung sebagai Presiden atau mahu terus dengan kedudukannya sebagai Ketua Umum parti; suatu kedudukan yang dicipta khas untuk dirinya ketika mana dia tidak diperbolehkan memegang apa-apa jawatan dalam parti ekoran hukuman yang dipaksakan ke atasnya.
Alasan Anwar dan alasan yang dikongsi bersama oleh barisan pimpinan tertinggi KeADILan adalah; jika Anwar ditaqdirkan dipenjara lagi nanti, maka siapa pula yang akan memangku jawatan tersebut. Makanya pada pendapat kolektif mereka, adalah lebih selamat jika Datin Seri Dr. Wan Azizah terus menjadi Presiden. Namun yang selamat hanyalah “kuasa” Anwar ke atas parti KeADILan, kerana dia masih boleh memberi arahan kepada isterinya yang tidak mungkin akan engkar. Jika orang lain yang memangku jawatan tersebut barangkali Anwar akan sakit kepala di dalam penjara.
Namun formula seperti itu tidak juga dapat menyelesaikan polimik kepemimpinan parti KeADILan secara keseluruhannya kerana ada satu lagi jawatan penting yang menjadi sasaran mereka yang berminat menjadi orang penting parti. Hal ini menjadi nyata apabila Timbalan Presiden sekarang, iaitu Dr. Syed Hussin Ali sudah memberikan tanda-tanda untuk tidak lagi memegang jawatan tersebut. Hakikat ini membuka ruang kepada perebutan jawatan tersebut di kalangan beberapa pemimpin lama dan baru dalam KeADILan, yang terngiur dengan prospek kedudukan berimbuhan besar dalam kerajaan baru yang mahu dibentuk selepas PRU ke 13 nanti, baik di Negeri mahupun di Persekutuan - seterusnya

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive