11 September 2010

Kalau betul kata Katak ni ... hahaha bagus lah

Amaran Perkasa: Hanya 30 peratus ahli Umno akan undi BN PRU-13

Oleh Yow Hong Chieh
September 11, 2010

KUALA LUMPUR, 11 Sept — Pertubuhan hak orang Melayu Perkasa hari ini memberi amaran keras kepada Umno agar tidak selesa dengan asas sokongan diterimanya sekarang sambil mendakwa hanya tiga daripada 10 ahli parti itu akan mengundi mereka dalam pilihan raya umum ke-13.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata keahlian Umno yang dipercayai dalam lingkungan 3.4 juta orang sebenarnya tidak bermakna memandangkan hanya segelintir penyokong tegar yang akan mengundinya manakala yang lain akan dipengaruhi oleh isu-isu dan tindak tanduk parti-parti lain.
“Jangan menganggap bahawa (semua) ahli Umno akan mengundi Umno,” kata beliau pada sidang media di rumahnya di Taman Melawati di sini hari ini.
“Mungkin mereka ahli Umno tetapi mereka tiada semangat Umno,” kata Ibrahim (gambar) yang juga merupakan bekas ahli Umno.
“Mereka akan mengundi mengikut arus (isu) nasional... jadi jangan memandang mudah perkara ini. Oleh itu adakah mereka akan mengundi jika menjadi ahli, tidak, tidak semestinya,” kata beliau dalam reaksi ketiganya sejak Rabu lalu ekoran pendirian terbuka Umno dan BN ke atas pertubuhan bukan kerajaan Melayu ini. - The Malaysian Insider

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive