Lokasi bangunan berhampiran Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang akan dibangunkan menjadi pusat kebudayaan Islam beserta masjid. - Gambar ihsan The Age/TMI
NEW YORK, 11 Sept — Pemaju pusat kebudayaan Islam beserta masjid berhampiran Pusat Dagangan Dunia (WTC), yang ranap sembilan tahun lalu menegaskan, projek itu akan diteruskan meskipun meskipun menerima tawaran ‘lumayan’ daripada jutawan hartanah Donald Trump agar ia dipindahkan ke lokasi lain.
Justeru, Sharif El-Gamal, pemaju projek itu berkata tidak benar bahawa pembinaan pusat berkenaan akan dipindahkan lokasi.
Warga New York bersiap sedia untuk mengadakan upacara memperingati serangan 11 September hari ini (sebelah malam waktu Malaysia).
“Tidak benar pusat masyarakat ini yang dikenali sebagai Park51 di Manhataan akan dipindahkan ke lokasi lain,” kata Sharif dalam satu kenyataan.
“Projek ini akan diteruskan sebagaimana telah dirancang. Apa yang dilaporkan oleh media tidak benar,” kata beliau.
Reuters memetik media tempatan melaporkan bahawa bangunan sedia ada dibeli dengan harga RM15 juta (AS$5 juta).
Sharif, pengasas SoHo Properties, adalah antara pelabur yang membayar RM15 juta (AS$4.8 juta) untuk membina bangunan yang jauhnya dua blok dari WTC, yang diserang oleh pengganas pada 11 September 2001.
Kenyataan itu dikeluarkan ekoran laporan Trump menawarkan harga tinggi ke atas pegangan salah seorang pelabur projek itu.
Dalam surat kepada Hisham Elzanaty, tokoh perniagaan kelahiran Mesir dan pelabur terbesar dalam projek itu, Trump menawarkan harga 25 peratus lebih tinggi daripada kadar yang telah dibayar oleh Hisham.
“Saya membuat tawaran ini sebagai seorang warga New York dan rakyat Amerika Syarikat, bukan kerana mendapati lokasi ini adalah sesuatu yang menakjubkan, tetapi (hanya kerana) ia akan akan meninggalkan kesan tidak baik, pada pandangan hanya akan memburukkan lagi keadaan,” kata Trump dalam suratnya kepada pelabur itu.
Dalam suratnya itu, Trump berkata, satu perjanjian diperlukan bahawa projek itu dibina sekurang-kurangnya lima blok dari lokasi WTC.
Peguam Hisham, Wolodymyr Starosolsky berkata anak guamannya telah diaibkan oleh kandungan surat itu.
“Surat ini kelihatan ditulis oleh seorang yang mencari publisiti berbanding seorang yang serius,” kata Starosolsky.
Starosolsky juga berkata, pelabur-pelabur projek berkenaan juga ditawarkan bawah RM60 juta (AS$20 juta) oleh dua lagi individu Khamis lalu.
Howard Rubenstein, pegawai publisiti Trump membalas kenyataan peguam Hisham dengan berkata: “Tawaran Donald Trump adalah sesuatu yang serius.”
Sementara itu, gereja tertua New York, Collegiate Church of New York membeli iklan muka penuh dalam akhbar New York Times semalam meminta semua pihak bersatu dan menawarkan perundingan bagi menyelesaikan isu ini.
Laporan awal hari ini menyebut imam New York, yang menerajui projek tersebut berkata beliau tidak bercadang untuk bertemu dengan pastor dari Florida yang sebelum ini mengancam mahu membakar al-Quran.
Imam Feisal Abdul Rauf berkata, tiada rancangan untuk mengadakan pertemuan dengan Pastor Terry Jones yang telah mengubah pendiriannya - tidak akan membakar al-Quran kelmarin.
“Saya bersedia untuk bertemu sesiapa sahaja yang dengan serius mahu menegakkan keamanan. Kami tiada rancangan pertemuan sedemikian pada masa sekarang.
“Pendirian kami untuk mengadakan pusat masyarakat (dekat dengan tapak WTC) tidak berubah,” katanya.
Suruhanjaya Pemuliharaan Lokasi Ternama New York sebulat suara menolak bantahan mempertikaikan status bangunan di Lower Manhattan, sekali gus membuka laluan kepada pelan pembinaan masjid dan pusat kebudayaan tersebut, 3 Ogos lalu.
Keputusan itu membenarkan bangunan sedia ada diroboh dan dibina pusat Islam 13 tingkat menerusi pembiayaan sekitar RM300 juta (AS$100 juta).
Suruhanjaya itu mendapati bahawa bangunan sedia ada, yang berusia 152 tahun berkenaan, dua blok dari tapak WTC yang ranap, bukan premis yang istimewa untuk memenuhi kriteria dijadikan bangunan ternama.
Projek itu mencetuskan protes hangat daripada pengkritik yang mengatakan kehadirannya berhampiran dengan WTC akan menyinggung upacara memperingati kematian 3,000 orang sembilan tahun lalu dalam serangan pengganas di bumi Amerika Syarikat. - TMI

No comments:
Post a Comment