Showing posts with label surau/masjid. Show all posts
Showing posts with label surau/masjid. Show all posts

18 September 2010

Lu cakap tak serupa bikin la umNO .. g jahanam la lu

Yang ni boleh pula

Dulu hangpa bising sangat kata yang ni tak boleh ... jahanam la lu umNO


KUALA LUMPUR, 18 Sept — Selepas akhir Ramadan baru lalu “disajikan” dengan serangan Umno dan Perkasa terhadap kehadiran Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching di sebuah surau, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa Umno berpura-pura dalam isu yang hampir sama yang melibatkan wakil rakyat Hulu Selangor dan juga ADUN BN.

“Sepanjang bulan Rejab, Shaaban dan Ramadan kita telah dihidang dengan bermacam-macam berita berhubung kononnya berlaku penyalahgunaan masjid dan surau apabila Selangor berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

“Dengan bantuan pihak media yang telah bekerja keras di sepanjang bulan-bulan tersebut, rakyat Malaysia telah diberikan gambaran seolah-olah Islam tercemar dan terancam oleh kerana sikap ‘tunduk kepada DAP’ khususnya dan pengundi bukan Islam secara umumnya,” kata Khalid dalam blognya.

Tulisan bertajuk “Umno, Kura-Kura dan Perahu”, Khalid menambah, menurut Umno dan BN lagi, ia dilakukan demi memperoleh undi, khususnya oleh pemimpin-pemimpin PAS dan parti PAS itu sendiri.

“... iaitu demi kuasa, kata mereka lagi, kesucian Islam sanggup digadai sehingga orang bukan Islam dibenarkan masuk kerana surau dan masjid. Kehormatan ummat Islam tercemar kerana terpaksa menerima sumbangan wang dari orang bukan Islam dan sebagainya.

“Saya tidak berhajat untuk mengulas berkenaan isu bukan Islam memasuki ruang solat di masjid atau surau, bagaimanapun kepada yang berminat bolehlah mengikuti keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid,” kata beliau.

Sehubungan itu, kata Khalid, bagi yang mengenali Umno segala bentuk dakwaan sedemikian rupa tidak akan mendatangkan apa-apa mudarat.

Gambar disiar blog Khalid Samad menyebut Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa bersama Ahli Parlimen P. Kamalanathan menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta majlis gotong royong di pekarangan Masjid Felda Soeharto.

“Tetapi bagi yang masih ‘kabur’, saya sajikan beberapa keping gambar yang menjelaskan sifat Umno yang berkura-kura berpura-pura, pembohong dan memutar-belit fakta tanpa syak lagi,” katanya.

Kamalanathan memenangi pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.

Antara gambar yang dipaparkan di blognya menunjulkkan wakil rakyat Umno memberikan tazkirah di Masjid Lama Hulu Bernam dan Masjid Felda Gedangsa.

Khalid menimbulkan persoalan sama ada wakil rakyat berkenaan mempunyai tauliah.

Selain itu beliau turut menyiarkan gambar Ahi Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan bersama ADUN Umno menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sungai Tengi Selatan.

Ekoran insiden di Surah Al-Huda di Kajang, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkata larangan ke atas bukan Islam memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor tidak terhad kepada Teo sahaja.

MAIS menegaskan larangan dikenakan ke atas Teo menerusi surat amaran, yang diterima wakil rakyat itu semalam, merangkumi semua orang bukan Islam di Selangor termasuk wakil rakyat dan ahli-ahli politik.

Setiausaha MAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata larangan itu perlu dipatuhi demi menjaga kesucian dan kehormatan masjid dan surau.

“Dalam surat amaran yang diberikan Teo, kita melarang beliau daripada memasuki ruang solat masjid dan surau di negeri ini.

“Kalau beliau mahu buat program boleh buat di kawasan luar ruang solat... keputusan kita tegas,” kata beliau.

Dalam surat amaran itu, MAIS meminta supaya beliau tidak lagi memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor.

MAIS juga menekankan arahan tersebut dikeluarkan atas titah perintah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Namun Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Teo.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

Selain itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid atau surau bertentangan dengan semangat keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dicapai awal tahun ini.

Perkasa meminta kerajaan mengadakan undang-undang baru menghalang bukan Islam memasuki masjid dan surau. - TMI

11 September 2010

Masjid WTC tetap dibina di tapak asal - Pemaju tolak tawaran Trump


Lokasi bangunan berhampiran Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang akan dibangunkan menjadi pusat kebudayaan Islam beserta masjid. - Gambar ihsan The Age/TMI

NEW YORK, 11 Sept — Pemaju pusat kebudayaan Islam beserta masjid berhampiran Pusat Dagangan Dunia (WTC), yang ranap sembilan tahun lalu menegaskan, projek itu akan diteruskan meskipun meskipun menerima tawaran ‘lumayan’ daripada jutawan hartanah Donald Trump agar ia dipindahkan ke lokasi lain.

Justeru, Sharif El-Gamal, pemaju projek itu berkata tidak benar bahawa pembinaan pusat berkenaan akan dipindahkan lokasi.

Warga New York bersiap sedia untuk mengadakan upacara memperingati serangan 11 September hari ini (sebelah malam waktu Malaysia).

“Tidak benar pusat masyarakat ini yang dikenali sebagai Park51 di Manhataan akan dipindahkan ke lokasi lain,” kata Sharif dalam satu kenyataan.

“Projek ini akan diteruskan sebagaimana telah dirancang. Apa yang dilaporkan oleh media tidak benar,” kata beliau.

Reuters memetik media tempatan melaporkan bahawa bangunan sedia ada dibeli dengan harga RM15 juta (AS$5 juta).

Sharif, pengasas SoHo Properties, adalah antara pelabur yang membayar RM15 juta (AS$4.8 juta) untuk membina bangunan yang jauhnya dua blok dari WTC, yang diserang oleh pengganas pada 11 September 2001.

Kenyataan itu dikeluarkan ekoran laporan Trump menawarkan harga tinggi ke atas pegangan salah seorang pelabur projek itu.

Dalam surat kepada Hisham Elzanaty, tokoh perniagaan kelahiran Mesir dan pelabur terbesar dalam projek itu, Trump menawarkan harga 25 peratus lebih tinggi daripada kadar yang telah dibayar oleh Hisham.

“Saya membuat tawaran ini sebagai seorang warga New York dan rakyat Amerika Syarikat, bukan kerana mendapati lokasi ini adalah sesuatu yang menakjubkan, tetapi (hanya kerana) ia akan akan meninggalkan kesan tidak baik, pada pandangan hanya akan memburukkan lagi keadaan,” kata Trump dalam suratnya kepada pelabur itu.

Dalam suratnya itu, Trump berkata, satu perjanjian diperlukan bahawa projek itu dibina sekurang-kurangnya lima blok dari lokasi WTC.

Peguam Hisham, Wolodymyr Starosolsky berkata anak guamannya telah diaibkan oleh kandungan surat itu.

“Surat ini kelihatan ditulis oleh seorang yang mencari publisiti berbanding seorang yang serius,” kata Starosolsky.

Starosolsky juga berkata, pelabur-pelabur projek berkenaan juga ditawarkan bawah RM60 juta (AS$20 juta) oleh dua lagi individu Khamis lalu.

Howard Rubenstein, pegawai publisiti Trump membalas kenyataan peguam Hisham dengan berkata: “Tawaran Donald Trump adalah sesuatu yang serius.”

Sementara itu, gereja tertua New York, Collegiate Church of New York membeli iklan muka penuh dalam akhbar New York Times semalam meminta semua pihak bersatu dan menawarkan perundingan bagi menyelesaikan isu ini.

Laporan awal hari ini menyebut imam New York, yang menerajui projek tersebut berkata beliau tidak bercadang untuk bertemu dengan pastor dari Florida yang sebelum ini mengancam mahu membakar al-Quran.

Imam Feisal Abdul Rauf berkata, tiada rancangan untuk mengadakan pertemuan dengan Pastor Terry Jones yang telah mengubah pendiriannya - tidak akan membakar al-Quran kelmarin.

“Saya bersedia untuk bertemu sesiapa sahaja yang dengan serius mahu menegakkan keamanan. Kami tiada rancangan pertemuan sedemikian pada masa sekarang.

“Pendirian kami untuk mengadakan pusat masyarakat (dekat dengan tapak WTC) tidak berubah,” katanya.

Suruhanjaya Pemuliharaan Lokasi Ternama New York sebulat suara menolak bantahan mempertikaikan status bangunan di Lower Manhattan, sekali gus membuka laluan kepada pelan pembinaan masjid dan pusat kebudayaan tersebut, 3 Ogos lalu.

Keputusan itu membenarkan bangunan sedia ada diroboh dan dibina pusat Islam 13 tingkat menerusi pembiayaan sekitar RM300 juta (AS$100 juta).

Suruhanjaya itu mendapati bahawa bangunan sedia ada, yang berusia 152 tahun berkenaan, dua blok dari tapak WTC yang ranap, bukan premis yang istimewa untuk memenuhi kriteria dijadikan bangunan ternama.

Projek itu mencetuskan protes hangat daripada pengkritik yang mengatakan kehadirannya berhampiran dengan WTC akan menyinggung upacara memperingati kematian 3,000 orang sembilan tahun lalu dalam serangan pengganas di bumi Amerika Syarikat. - TMI

Masjid tetap dibina dekat WTC

Imam: Masjid tetap dibina dekat WTC, tidak temu Pastor Jones
NEW YORK, 11 Sept — Imam New York, yang menerajui projek pembinaan pusat kebudayaan beserta masjid berhampiran tapak Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang musnah genap sembilan tahun lalu, tidak bercadang untuk bertemu dengan pastor dari Florida yang sebelum ini mengancam mahu membakar al-Quran.

Imam Feisal Abdul Rauf berkata, tiada rancangan untuk mengadakan pertemuan dengan Pastor Terry Jones yang telah mengubah pendiriannya - tidak akan membakar al-Quran kelmarin.

“Saya bersedia untuk bertemu sesiapa sahaja yang dengan serius mahu menegakkan keamanan. Kami tiada rancangan pertemuan sedemikian pada masa sekarang.

“Pendirian kami untuk mengadakan pusat masyarakat (dekat dengan tapak WTC) tidak berubah.

“Ketika detik hari 11 September yang menyedihkan di depan kita, saya meminta setiap daripada kita meluangkan masa untuk mengadakan solat dan muhasabah diri,” kata Feisal dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Ejen publisiti beliau juga mengesahkan tidak akan ada pertemuan dengan Pastor Terry Jones dari gereja Dove World

Outreach Center, Gainesville, Florida.

Kelmarin Jones berkata, beliau membatalkan hasrat membakar al-Quran hari ini sempena ulang tahun kesembilan serangan pengganas ke atas WTC dan mengesahkan masyarakat Islam telah membatalkan pelan membina pusat kebudayaan di kawasan berhampiran dengan WTC. Projek itu akan dialihkan ke tempat lain, kata Jones tetapi ia juga telah dinafikan oleh Feisal kelmarin.

Malah Jones juga memaklumkan bahawa satu pertemuan akan diadakan dengan Feisal di sini hari ini.

Hari ini genap sembilan tahun WTC musnah dalam serangan pengganas. - TMI

10 September 2010

Imam nafi alih tapak masjid di tapak WTC

WASHINGTON, 10 Sept — Di sebalik tekanan dari dalam dan luar Amerika, Pastor Terry Jones dari Florida membatalkan kempennya mahu membakar al-Quran yang dijadual untuk dilakukan esok sempena ulang tahun kesembilan memperingati serangan pengganas 11 September.

Jones, pastor sebuah gereja kecil di Gainesville mengumumkan keputusan itu pada sidang media di Florida semalam, yang turut dihadiri Imam Muhammad Musri dari Islamic Society of Central Florida.

Beliau juga mendakwa pemimpin-pemimpin Islam telah bersetuju untuk menggugurkan projek membina pusat kebudayaan Islam bersama masjid berhampiran tapak Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang musnah dalam serangan 11 September 2001.

Dipetik Reuters, Jones berkata beliau mendapat jaminan daripada Muhammad Musri tentang pendirian masyarakat Muslim.

Jones turut meminta mana-mana kumpulan lain agar tidak membakar al-Quran dan beliau akan terbang ke New York esok untuk mengadakan pertemuan dengan Imam Feisal Abdul Rauf, yang mengetuai projek pembinaan itu.

Bagaimanapun laporan menyusul berkata, Feisal menafikan kenyataan Jones bahawa satu perjanjian telah dicapai untuk memindahkan tapak projek pembinaan pusat dan masjid.

“Saya gembira kerana Pastor Jones telah memutuskan untuk tidak membakar al-Quran,” kata Feisal dalam satu kenyataan dikeluarkan di New York.

“Bagaimanapun, saya tidak bercakap dengan Pastor Jones atau Imam Muhammad Musri (dari Florida). Saya terkejut dengan pengumumman mereka.

“Kami tidak bermain-main dengan agama kami atau agama lain. Ataupun kami akan adakan perjanjian barter (sedemikian).

“Kami berada di sini untuk menghulur tangan bagi membina keamanan dan keharmonian,” kata Feisal lagi.

Laman web NBC melaporkan, pada sidang media kedua sejurus selepas penafian Feisal, Jones pula berkata, beliau “berbohong tetapi saya tetap akan mengadakan pertemuan dengan beliau.”

Pada sidang media pertama, Jones bertemu dengan Muhammad Musri yang memberitahunya bahawa pegawai-pegawai masyarakat Islam memberi jaminan bahawa tapak pembinaan masjid akan dipindahkan.

“Saya ada bertanya beliau tiga kali, dan saya ada saksi,” kata Jones.

Bagaimanapun selepas sidang media pertama Muhammad Musri memberitahu beliau dijemput untuk mengadakan satu pertemuan bersama Jones dan imam New York berhubung cadangan memindahkan masjid.

Jones juga memberitahu Setiausaha Pertahanan Amerika Robert Gates ada menghubunginya awal semalam.

Gates meminta Jones agar menggugurkan rancangan membakar al-Quran.

Rancangan Jones itu menjadi kontroversi antarabangsa sejak awal minggu ini, yang turut dikecam oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertuduhan Persidangan Islam (OIC).

Pelbagai pihak dari Malaysia juga mengecam tindakan sedemikian.

Awal semalam, Presiden Barack Obama dan Setiausaha Negara Hillary Clinton telah merayu Jones akan mengkaji semula rancangannya.

Pemimpin-pemimpin tentera Amerika menjelaksan pendirian mereka bahawa rancangan Jones akan membawa kesan buruk mendalam di luar negara.

Laporan Reuters juga menyebut pentadbiran Obama juga telah mengadakan perbincangan bagi menentukan sama ada mahu memanggil pastor itu bagi memintanya membatalkan rancangan membakar al-Quran.

“Kemungkinna itu ada dibincangkan dengan mendalam oleh pentadbiran,” kata jurucakap Pentagon Geoffrey Morrell.

Pastor Jones membuat pengumuman itu ketika Interpol mengeluarkan kenyataan amaran kepada kerajaan di seluruh dunia berhubung kemungkinan peningkatan risiko tindakan pengganas jika pelan membakar al-Quran diteruskan.

“Jika rancangan untuk membakar al-Quran diteruskan di Amerika sebagaimana telah dirancang, ada kemungkinan besar serangan ganas akan menimpa mereka yang tidak berdosa,” kata kenyataan Interpol atas nasihat Pakistan, rakan pentadbiran White House.

Dengan rancangan mahu membakar al-Quran, sambutan Aidilfitri di Amerika kali ini agar tegang dengan bantahan terhadap pelan masyarakat Islam di New York mahu membina pusat kebudayaan Islam bersama masjid di Manhattan, berhampiran WTC yang menjadi sasaran pengganas sembilan tahun lalu.

Obama dan Datuk Bandar New York Michael Bloomberg sebelum ini mengatakan bahawa mereka menyokong hak bagi masyarakat Islam membina pusat itu manakala Republikan termasuk bekas calon jawatan Naib Presiden Sarah Palin menentangnya.

Suruhanjaya Pemuliharaan Lokasi Ternama New York sebulat suara menolak bantahan mempertikaikan status bangunan di Lower Manhattan, sekali gus membuka laluan kepada pelan pembinaan masjid dan pusat kebudayaan tersebut, 3 Ogos lalu.

Keputusan itu membenarkan bangunan sedia ada diroboh dan dibina pusat Islam 13 tingkat menerusi pembiayaan sekitar RM300 juta (AS$100 juta).

Suruhanjaya itu mendapati bahawa bangunan sedia ada, yang berusia 152 tahun berkenaan, dua blok dari tapak WTC yang ranap, bukan premis yang istimewa untuk memenuhi kriteria dijadikan bangunan ternama.

Projek itu mencetuskan protes hangat daripada pengkritik yang mengatakan kehadirannya berhampiran dengan WTC akan menyinggung upacara memperingati kematian 3,000 orang sembilan tahun lalu dalam serangan pengganas di bumi Amerika Syarikat. - TMI

08 September 2010

Tindakan yang akan menjauhkan bukan Islam dari Islam

Itu yang dapat aku katakan ... bukan Islam akan memandang Islam ini agama yang penuh dengan segala macam halangan untuk bukan Islam mendekatinya. Apakah apabila seseorang yang bukan Islam dibenarkan memasuki surau atau masjid itu suatu kesalahan yang amat besar?

Itu lah yang berlaku. J/kuasa masjid at-Taqwa bakal digantung gara-gara membenarkan AP Selayang William Leong memasuki masjid tersebut.

AJK masjid dikunjungi MP PKR Selayang mungkin digantung
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
September 08, 2010

KUALA LUMPUR, 8 Sept - Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mungkin akan menggantung jawatankuasa pengurusan Masjid at-Taqwa ekoran tindakan mereka membenarkan Ahli Parlimen Selayang, William Leong dari PKR berada di ruang solat masjid itu bulan lalu.

Namun menurut Setiausaha Mais Datuk Mohammed Khusrin Munawi, tindakan itu bergantung pada hasil siasatan kelak.

“Setakat ini kami belum buat keputusan kerana masih mendapatkan maklumat lengkap mengenai perkara itu.

“Kita juga akan dapatkan maklumat daripada Ahli Parlimen (William) itu juga kerana berdasarkan maklumat yang kita dapat, terdapat maklumat yang bercanggah,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata keputusan rasmi akan dibuat sebaik sahaja maklumat lengkap diperoleh.

“Jika dakwaan itu benar kita akan ambil tindakan tegas dengan menggantung tugas jawatankuasa pengurusan masjid itu,” katanya.

Laporan minggu lalu menyebut wakil rakyat itu dibenarkan berada di saf paling hadapan di Masjid at-Taqwa, Selayang Baru.

Namun William ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, kunjungannya ke masjid tersebut adalah untuk memberikan sumbangan kepada masjid dan surau di bahagian Parlimen Selayang.

“Saya datang kerana dijemput untuk beri sumbangan dan bila saya sampai di kawasan masjid program tersebut sudah pun bermula.

“Tetamu yang berada di luar menyuruh saya masuk ke dalam ruang solat untuk memberikan sumbangan,” kata beliau yang juga Bendahari PKR.

Serangan terhadap Ahli Parlimen Selayang itu berlaku selepas seminggu daripada kejadian yang hampir sama dengan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang didakwa menyampaikan ucapan di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang pada 22 Ogos lalu.

Mais memberi amaran kepada Teo manakala jawatankuasa pengurusan surau itu pula digantung tugas mereka.

Mais juga telah mengambil-alih pengurusan surau tersebut.

Ketika ditanya mengenai tempoh penggantungan jawatankuasa pengurusan Surau Al-Huda, Mohammed Khusrin berkata ia bergantung kepada keadaan.

“Ia bergantung kepada keadaan mungkin kita akan putuskan tempoh penggantungan itu dalam mesyuarat yang akan datang,” katanya. - TMI

30 August 2010

Siapa Ibrahim Ali, dia bukan Tuhan - Datuk Harun Taib

Perkasa larang bukan Muslim bercanggah suruhan Islam
Oleh G. Manimaran dan Syed Mu’az Syed Putra
August 30, 2010

KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Cadangan Perkasa yang mendesak agar undang-undang khusus digubal bagi melarang bukan Islam daripada memasuki kawasan masjid dan surau bertentangan dengan perintah Islam, kata dua komponen Pakatan Rakyat (PR) hari ini.

“Apa hak Perkasa mahu undang-undang digubal bagi melarang orang bukan Islam memasuki kawasan masjid dan surau?

“Dalam Islam sendiri tidak melarang. Adakah Perkasa mahu mencabar perintah agama?” kata Ketua Dewan Ulama PAS pusat Datuk Harun Taib kepada The Malaysian Insider.

Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan Melayu, pimpinan Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali semalam menggesa agar undang-undang digubal melarang bukan Islam memasuki masjid dan surau.

Ibrahim turut menuduh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menjalankan tanggungjawabnya sepenuhnya dengan mempertahankan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang mengunjungi Surau Al-Huda di Kajang, Ahad lalu.

Bagi Nik Aziz, tindakan Teo tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

Mengulas lanjut, kata Harun, tindakan melarang orang bukan Islam daripada memasuki masjid dan surau akan menyekat mereka untuk mendekati dan memahami Islam.

“Bagi saya orang bukan Islam boleh memasuki kawasan masjid dan surau, Islam tidak melarang. Yang penting mesti berpakaian sopan.

“Ibrahim hanya pandai cakap sahaja... beliau sendiri pun tidak tahu apa yang dicakapkan,” katanya.

Beliau turut membidas Ibrahim kerana mengatakan Nik Aziz kurang bertakwa kerana mempertahankan Teo yang menyampaikan sumbangan dan ucapan di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral pada Ahad lalu.

“Saya rasa beliau (Ibrahim) sendiri tidak tahu apa makna takwa, kalau beliau tahu sudah pasti beliau tidak akan cakap.

“Lagipun siapa beliau untuk menilai seseorang itu bertakwa atau tidak, beliau bukan Tuhan nak tentukannya,” katanya.

Harun menjelaskan takwa bermaksud seorang umat Islam itu mengikut perintah agama dan meninggalkan larangannya tetapi yang boleh menilainya hanya Allah.

“Sebagai orang Islam kita perlu ikut perintah Allah dan segala larangan perlu ditinggalkan.

“Kalau Allah suruh kita solat kita kena buat dan kalau Allah larang kita minum arak jangan buat.

“Malah hanya Allah sahaja yang menentukan seseorang itu bertakwa atau tidak, bukan orang lain termasuk Ibrahim,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan PKR, Dr Muhd Nur Manuty juga berpendapat cadangan sedemikian bertentangan dengan suruhan Rasulullah yang membenarkan bukan Islam memasuki masjid dan surau.

“Tidak salah bagi bukan Islam untuk memasuki masjid, Nabi Muhammad pun membenarkan perkara ini. Yang penting, mereka yang memasuki masjid atau surat berpakaian sopan dengan menutup sedikit aurat mereka... tiada masalah, mengapa perlu menghalang,” kata beliau ketika dihubungi.

Sambil menolak cadangan sedemikian, kata beliau, sikap terbuka di kalangan rakyat berbilang kaum boleh menyelesaikan masalah sedemikian.

“Kalau kita bersikap terbuka, kita boleh menyelesaikan masalah ini... bukan Islam boleh datang ke masjid, malah program boleh diadakan di bawah khemah di luar dewan solat dan sebagainya.

“Mengapa isu ini hendak digembar-gemburkan sehingga mencetuskan konflik antara kaum negara ini?” kata beliau - TMI
STONE: Berahim oi hang jangan tamak la, pilih la yang mana satu hang nak jadi, baru boleh tumpukan perhatian. Kejap hang nak jadi samseng kejap nak jadi ulama ... Hahahaha betul la katak hang ni, kejap lompat sana kejap lompat sini ...

29 August 2010

Siapa nak pergi buat repot ni?

Putera Haakon and Puteri Mette-Marit (kiri) dari Norway menziarahi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Shah Alam, 10 Mac 2010. — Foto Reuters/TMI
Berahim katak, bila nak pi buat repot ni ... dah sah-sah terbentang di dalam gambar di atas dua orang BUKAN ISLAM dan yang perempuannya pula tanpa menutup aurat telah megadakan lawatan ke masjid yang dinyatakan di atas. ...
Menteri Agama umNO pula macamana ni ... komen lah sikit Jamil Khir .... Sebagai menteri agama hang boleh cakap apa saja, betul tak betul belakang kira lah ... janji kenyataan membodek.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive