Showing posts with label non-muslim.. Show all posts
Showing posts with label non-muslim.. Show all posts

30 April 2014

Jangan biarkan kafir tentukan Hudud

alt

KUALA LUMPUR 30 April - Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abd Rahman mengingatkan umat Islam supaya tidak membiarkan orang bukan Islam menentukan masa depan agenda negara Islam termasuk berkaitan hudud.

Menurutnya lagi, umat Islam perlu menentukan masa depan negara Islamnya sendiri berdasarkan inspirasi, kepercayaan dan akidah mereka, lapor laman rasmi NGO itu.

"Sikap orang kafir yang lantang menentang hudud adalah satu tindakan di luar batas hak mereka," katanya seperti dilapor laman itu.

"Mereka tidak boleh memainkan peranan negatif sama ada menentang atau menghalang cita-cita yang boleh mengangkat kedudukan Islam dan orang Islam di Malaysia,” katanya lagi.

14 December 2013

First Malaysian Playboy bunny - Model Felixia Yeap dari Ipoh kini BERHIJAB ...


Langkah bertudung Playboy Bunny pertama warganegara Malaysia dan model, Felixia Yeap mengejutkan ramai orang walaupun beliau bukan seorang Muslim, malah peminatnya melabel tindakan tersebut sebagai "aksi publisiti".
Jelitawan 27 tahun dari Ipoh yang memulakan karier sebagai model sejak usia 19 tahun itu bagaimanapun tidak mengendahkan  sebarang kesangsian dan kritikan yang dilemparkan kepadanya sejak beliau mula memakai hijab beberapa bulan lalu.
"Mereka berkata saya lakukan ini bertujuan mencari Datuk Melayu kaya untuk berkahwin.
Menjelaskan tindakan beliau lagi, Yeap berkata walaupun ia satu kejutan kepada peminatnya, cinta beliau terhadap pakaian Islam  telah bermula ketika di bangku sekolah lagi.
Langkah Yeap dikritik ramai Muslim dan juga bukan Islam yang mengganggap beliau "tidak menghormati" wanita Islam yang  memakai hijab.
Mereka berkata sebelum memakai hijab, Yeap sepatutnya membuang semua gambarnya berpakaian Playboy Bunny dan lain-lain yang mendedahkan dan seksi.
Hampir 148,000 peminat di Facebook dan blog beliau mengkritik tindakan tersebut sebagai sebuah "aksi publisiti" untuk  mendapat lebih populariti dan kemasyhuran. Ada juga yang meninggalkan laman media sosial beliau selepas itu.
Yeap, yang masih menerima jemputan untuk hadir dalam acara Playboy dan majlis di seluruh dunia walaupun telah bersara sebagai  Bunny pada 2010, mempertahankan tindakannya itu.
Beliau berkata, walaupun ada umat Islam mengkritik, kebanyakan komen negatif datang daripada bukan Islam.
Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider, Yeap yang belum berkahwin, kelihatan anggun dan cantik memakai tudung berwarna merah  jambu.
Katanya beliau sangat suka dengan baju kurung dan pakaian tradisi masyarakat Melayu-Islam

"Saya mengidamkan untuk memakai tudung tetapi peluang tersebut hanya saya dapat pada tahun ini ketika mencuba nasib dalam temuduga komersil televisyen Celcom untuk sambutan Hari Raya.
"Ia tudung berwarna biru dan saya jatuh cinta terus dengannya. Kemudian, saya mempunyai satu lagi peluang mengenakan tudung  apabila menjadi model untuk sebuah butik Islam dalam pertunjukan fesyen semasa Hari Raya," katanya.
Yeap, yang juga bekas guru tadika, memulakan kerjaya dalam pemodelan pada tahun 2005 apabila dia memasuki pertandingan Dewi  Remaja yang dianjurkan oleh sebuah majalah tempatan dan menjadi salah seorang finalis ketika itu.
Beliau kemudiannya menyertai banyak pertandingan ratu cantik lain dan di puncak kerjayanya telah dijemput untuk menjadi Playboy Bunny dan bekerja di sebuah kelab di Macau.
Tetapi kerjayanya di kelab itu hanya bertahan sebulan apabila Yeap membuat keputusan untuk pulang ke tanahair bagi meneruskan  kerjaya sebagai model.
"Memang saya tidak pernah berniat untuk bekerja di sana untuk suatu tempoh yang lama. Ya, ia menyeronokkan dan saya belajar banyak perkara tetapi  permodelan adalah cita-cita saya bukan bekerja di kelab itu," kata Yeap.
Mengenai keputusan dan persepsi negatif terhadap pemakaian tudung oleh ke atas beliau, Yeap tidak menyalahkan peminat yang "keliru" dengan tindakannya.
"Saya menyalahkan mereka. Mereka yang tidak mengenali saya, tidak membaca apa yang saya tulis, akan keliru.
"Sesi penggambaran dan pentas permodelan masa lalu yang terpapar dalam Facebook dan blog saya, itu adalah pencapaian saya.
"Saya mahu orang tahu, jika saya boleh berhenti menjadi seksi, tutup diri saya sendiri, menjadi orang yang lebih baik, seorang wanita dihormati, mengapa mereka tidak boleh memahami cerita dan moral di sebaliknya? Biarkan ia menjadi inspirasi kepada orang ramai," kata Yeap lagi.
Beliau memberitahu dirinya lebih selesa dengan penampilan terbaru yang lebih sopan ini.
"Orang tidak melihat anda kerana saiz payudara anda atau bentuk badan anda, sebaliknya, melihat anda kerana kepintaran dan peribadi anda.
"Saya tidak menafikan saya menangis beberapa kali semasa bekerja di atas pentas peragaan baru-baru ini. Saya suka apabila  menutup diri saya, jadi apabila saya terpaksa tunduk kepada tuntutan kerja yang memerlukan saya seksi, saya berasa diri  dieksploitasi," katanya.
Yeap menegaskan mempunyai niat baik dalam memakai tudung dan berada dalam sebuah negara yang berbilang kaum, beliau sedar sensitiviti agama dalam perkara ini.
"Saya tidak melakukan ini untuk tidak menghormati pihak lain. Saya melakukan ini dengan penuh ikhlas dan niat yang baik.

"Saya akui bahawa saya seorang berfikiran bebas. Apa yang saya katakan adalah, jika seseorang sedang cuba untuk belajar  sesuatu dan anda terus menolak mereka jauh, mereka akan melarikan diri. Mereka akan bertanya kenapa mereka ditolak daripada  sesuatu yang mereka cuba untuk belajar," katanya.
Beliau berkata jika agama boleh menunjukkan tentang keindahan hidup, orang ramai juga harus memahami tindakannya.
"Orang tertarik kepada perkara-perkara yang indah. Begitu juga saya. Dan jika agama boleh menunjukkan kepada saya keindahan hidup,  mengapa saya perlu menentang hanya kerana beberapa pihak rasis dan pelampau terkeliru dan cuba memutarbelitkan perkara ini?
"Adakah mereka cukup jujur atau menganggap diri mereka lebih besar untuk menghakimi manusia lain? Lainlah kalau mereka itu  tuhan. Tetapi berdasarkan tingkah laku mereka mengutuk, menghina dan berkelakuan sebegitu... saya tidak fikir begitu," katanya.
Yeap berkata sedih melihat orang sebegini.
Yeap berkata di sebalik semua kritikan, beliau gembira kerana dapat menjadi inspirasi kepada orang ramai dan mengingatkan sesetengah pihak tentang agama mereka.
Beliau juga menerima pandangan yang mengganggapnya pelik hanya kerana memakai tudung.
"Jika orang ramai berasa pelik seorang bukan Islam memakai tudung, jadi biar sajalah," kata Yeap.
Malah, Yeap berkata keluarganya juga banyak memberi sokongan kepada beliau dalam memakai tudung, memujinya bertambah  cantik.
Bagi persembahan pentas permodelan, Yeap berkata perlu memenuhi syarat yang telah dipersetujuinya sebelum memakai tudung  sebelum ini.
"Bulan ini akan menjadi tugasan terakhir saya. Saya perlu membuat beberapa penampilan untuk Playboy Bunny Antarabangsa.
"Ramai yang gagal untuk memahami bahawa ini adalah satu komitmen kerja dan saya seorang model profesional. Saya perlu  melaksanakan kerja saya dan  walaupun saya mahu meninggalkan sesuatu, saya perlulah tinggalkannya dengan bangga."
Mengenai azam Tahun Baru Cina, Yeap berkata akan lebih memilih dalam pentas peragaan kali ini.
Ditanya sama ada beliau akan memakai tudung untuk selamanya, Yeap berkata sedang perlahan-lahan belajar menjadi seorang yang  lebih baik.
"Saya mahu menjadi seorang yang lebih baik, wanita yang lebih baik. Tahun 2014 akan menjadi permulaan sesuatu yang indah,"  kata Yeap.
Yeap telah dipaparkan dalam majalah FHM tempatan dan luar negara diupah sebagai Playboy Bunny di sebuah kelab di Macau.
Sebelum itu, beliau mengambil bahagian dalam rancangan realiti televisyen yang dikenali sebagai "I Wanna Be Model" dan disenaraikan antara peserta akhir semasa pusingan ketiga.
Beliau juga merupakan naib juara untuk Miss World Malaysia Cina 2006 dan peserta akhir untuk Dewi Remaja Malaysia. - TMI


Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=110572:saya-berniat-baik-pakai-tudung-kata-bekas-playboy-bunny&Itemid=2#ixzz2nVqbl2CD 
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter.



29 August 2010

Siapa nak pergi buat repot ni?

Putera Haakon and Puteri Mette-Marit (kiri) dari Norway menziarahi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Shah Alam, 10 Mac 2010. — Foto Reuters/TMI
Berahim katak, bila nak pi buat repot ni ... dah sah-sah terbentang di dalam gambar di atas dua orang BUKAN ISLAM dan yang perempuannya pula tanpa menutup aurat telah megadakan lawatan ke masjid yang dinyatakan di atas. ...
Menteri Agama umNO pula macamana ni ... komen lah sikit Jamil Khir .... Sebagai menteri agama hang boleh cakap apa saja, betul tak betul belakang kira lah ... janji kenyataan membodek.

Berahim katak semakin melampau

Perkasa mahu undang-udang digubal bagi melarang bukan Islam daripada memasuki kawasan masjid dan surau meskipun tokoh agama berpandangan bahawa tidak salah bagi masyarakat bukan Muslim berbuat demikian.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa bukan Islam boleh mengunjungi rumah ibadat umat Islam.

Selain mereka, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat juga mempertahankan kunjungan bukan Islam ke masjid dan surau.

Malah pandangan Perkasa itu bertentangan dengan fatwa Mac lalu yang membenarkan pelancongan mengunjungi masjid.

“Perlu ada undang-undang bagi menghalang insiden bukan Islam memasuki kawasan surau dan masjid,” kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali pada sidang media di sini hari ini.

Meskipun beliau mengakui bahawa bukan Islam pernah memasuki masjid ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w, Ibrahim berkata, menjadi tanggungjawab Islam untuk mempertahankan kesucian rumah ibadat.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini turut menuduh Nik Aziz tidak menjalankan tanggungjawabnya sepenuhnya dengan mempertahankan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang mengunjungi Surau Al-Huda di Kajang, Ahad lalu.

“Sebagai Muslim, taqwa mengatakan bahawa kita mesti memelihara kesucian masjid. Nik Aziz seorang yang beriman tetapi kurang bertaqwa,” kata Ibrahim.

Ibrahim menggesa Majlis Agama Islam Selangor agar mengambil tindakan ke atas jawatankuasa pengurusan Surau Al-Huda yang membenarkan Teo menyampaikan ucapan.

“Tindakan ini telah mencemari kesucian Islam,” kata Ibrahim.

Ibrahim menuduh wakil rakyat penggal pertama menyampaikan ucapan dengan bermotifkan politik.

“Beliau bercakap tanpa tudung dan tidak menutup aurat. Ia keterlaluan, beliau mempunyai niat politik,” kata beliau lagi.

Ibrahim berkata walaupun beliau dijemput untuk menyampaikan ucapan di kuil-kuil selaku wakil rakyat tetapi lazimnya akan menolak jemputan sedemikian bagi mengelakkan politik dan agama bercampur.

“Apa akan berlaku jika saya bercakap mengenai politik di kuil atau gereja? Orang Hindu tidak akan menyukai. Orang Kristian juga tidak akan menyukai,” kata beliau.

- TMI

Lagi pemimpin Bukan Islam masuk surau berbuka puasa ..




YAB Ketua Menteri Pulau Pinang LGE bersama penduduk di beberapa tempat sekitar Pulau Pinang menghulurkan bantuan pada yang memerlukan dan seterusnya 'berbuka puasa' bersama penduduk setempat ... berita lanjut DI SINI
Zahid Hamidi tak nak buat repot ke samada pada Majlis Ugama Islam PP atau Polis?
Akan ada banyak lagi gambar-gambar pemimpin non Muslim bersama masyarakat Muslim 'berbuka puasa' samada di surau atau masjid akan dimuatkan ... Isnyaallah
p/s : Bila aku tengok YAB LGE makan menggunakan tangan ... teringat pada sorang kawan aku berbangsa Cina, setiap kali aku keluar makan bersamanya dia pasti menggunakan tangan.

Comel amoi ni ... menunggu untuk berbuka puasa


YB Hannah Yeoh ... comel aku nampak ... sedang menunggu masa berbuka bersama umat Islam yang lain di sebuah surau/masjid (tak cakap pula di mana dan bila)
Ada siapa-siapa nak buat repot pada JAIS ker ... non-muslim dah masuk dalam masjid ni.
Berahim katak tak nak buat repot polis ker ... kahkahkah

14 January 2010

Bukan hanya Allah,tapi Kaabah, Solat dan Baitullah juga tidak dibenarkan

KUALA LUMPUR, Jan 14 — “Allah”, which is Arabic for God, is not the only word prohibited for use in a non-Muslim context.

In the case of the Catholic newspaper Herald, it is barred from using three other words: Kaabah (Islam’s holiest shrine in Mecca), Solat (prayer) and Baitullah (House of God).

Father Lawrence Andrew, the weekly paper’s editor, told The Straits Times yesterday that the four words were listed in the guidelines issued to the Herald in 2007. The Cabinet decided on the prohibited words in 1986.

The Herald does not use the three latter words, but ran into problems with the Home Ministry for using “Allah” to refer to the Christian God in its Malay-language publications.

Last month, the High Court set aside the government ban on the use of “Allah” by non-Muslims. The court decision outraged many Muslims and was followed by a series of arson attacks on churches.
The ban is not limited to those four words. Malaysian states have enactments listing more Arabic or Malay words as exclusive to Islam.

The New Straits Times yesterday published a list of 25 words that cannot be associated with any religion other than Islam in Pahang. The list is found in the Control and Restriction of the Propagation of Non-Islamic Religions Enactment 1989. Also banned are 10 expressions with Islamic origins, such as Subhanallah (Glory be to God) and Alhamdullilah (Praise to God).

Pahang’s Islamic Religious and Malay Customs Council deputy president, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan, said the law had been in force since 1990.

Syariah Lawyers Association deputy president Muhammad Burok told The Straits Times that all states have similar enactments, with their own lists of banned words.

“It’s not uniform, some have more words than others,” he said.

He pointed out that the enactments had been in force before the Herald controversy surfaced. The Herald’s problems began in 1998, four years after it started publication. It was told not to use the word “Allah”, but following an exchange of correspondence, there appeared to be a compromise by the government.

Father Lawrence said the newspaper had had no problem renewing its annual permit until 2006, when there was a delay. In 2007, it was told that the use of “Allah” and the other words was banned. — The Straits Times

07 September 2009

PAS Tidak Tergesa-gesa Terima Bukan Islam Jadi Ahli

RANTAU PANJANG, 7 Sept (Bernama) -- Pas tidak akan tergopoh-gapah dalam menerima bukan Islam sebagai anggota parti itu jika kerana semata-mata ingin menarik pengundi bukan Islam.

Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun, berkata Pas lebih berhati-hati dalam menerima keanggotaan dan tidak mengamalkan sikap "tangkap muat" bagi meramaikan ahli, tanpa memikirkan akibatnya."Pada asasnya kita (Pas) menyokong usaha menarik orang ramai, khasnya pengundi bukan Islam menyertai parti, tetapi dalam hubungan ini kita lebih berhati-hati," katanya kepada Bernama pada Isnin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tuku, berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Kelab Penyokong Kebangsaan, Hu Pang Chaw, supaya pemimpin terlebih dahulu meyakinkan masyarakat bukan Islam mengenai kesungguhan parti itu mempelawa mereka menyertai Pas termasuk kesediaan mengubah dasar dan perlembagaan parti.

Hu berkata, masyarakat bukan Islam juga ingin mengetahui hak-hak yang akan mereka peroleh termasuk sama ada suara dan pandangan mereka diterima oleh parti itu.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata bahawa sudah sampai masanya parti itu membuka keanggotaannya kepada bukan Islam selaras dengan dasar PAS yang tidak berteraskan perkauman.Menurut Abdul Fatah, PAS terlebih dahulu perlu meminda perlembagaan parti sebelum menerima keanggotaan parti daripada kalangan bukan Islam.

Ini kerana, di antara syarat keahlian PAS adalah terdiri daripada orang Islam."Sebab itu, kita (PAS) tidak terburu-buru dan tergopoh-gapah dalam menerima keahlian parti semata-mata kerana ingin mendapat sokongan pengundi daripada bukan Islam," katanya.
Mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan, Abdul Fatah berkata PAS yakin akan merampas semula kawasan itu daripada tangan Barisan Nasional (BN).
Ini, katanya berdasarkan majoriti 2,333 yang diperolehi penyandang calon BN, Allahyarham Azman Mohammad Nor, 54, adalah atas faktor undi pos.Allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah di Hospital Pakar Seremban, Jumaat lepas.-- BERNAMA

14 April 2009

Ada Sesiapa Nak Buat Repot Polis Kes Budak Ni?



Lihat lah sendiri. Mungkin ramai yang pernah dengar kes budak ini dahulu.
UMNO Pekida dan yang sewaktu dengan nya tak nak buat repot polis ker? Kan ke budak ni dah mempersendakan Islam?. Dia di kafir asalnya tetapi akhir nya satu keluarga telah memeluk Islam ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive