Mengikut Akta Penempatan Berkelompok atau Group Settlement Act (GSA) 1960, apabila peneroka selesai membayar kesemua jumlah hutang hak milik tanah, Felda akan menjadi orang tengah dengan mengesyorkan kepada kerajaan negeri supaya dikeluarkan geran tanah kepada peneroka.
Namun perkara ini tidak berlaku kepada peneroka Md Salam Yusof,49, yang sudah pun melangsaikan hutangnya sejumlah RM52,000 sejak tahun 2008.
Beliau menjadi peneroka awal di tanah rancangan Felda Palong sejak tahun 1985 membayar ansuran kepada Felda sebanyak RM250 sebulan melalui potongan hasil pendapatan bulanannya.
Katanya, selepas bebas daripada hutang, hasrat untuk menanam secara sendiri dan tidak mahu lagi bergantung kepada Felda tidak kesampaian memandangkan pengurusan Felda masih lagi bermain tarik-tali terhadap pemberian dokumen geran hak milik tanah.
"Saya menerima duit raya daripada Felda selepas Perdana Menteri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM350 kepada setiap peneroka.
"Saya hanya menerima RM200 sahaja, peneroka yang lain dapat bayaran penuh. Ini bermakna mereka (Felda) sudah mengiktiraf status saya bukan lagi sebagai peneroka yang masih berhutang.
"Jika pemberian duit raya ini sudah memberi petanda yang saya sudah bebas daripada hutang Felda, kenapa tidak terus diberikan geran tersebut kepada saya," soal beliau.
Felda ambil kesempatan?
Md Salam, yang juga Ketua Program Tanam Semula Palong 9, berkata, Felda seperti mahu mengambil kesempatan terhadap dirinya apabila menawarkan perjanjian program tanam semula, walaupun tahu beliau telah malangsaikan hutang tanahnya itu.
Katanya, Felda melalui Tabung Tanam Semula akan memberikan elaun sara hidup dan lain-lain bantuan kepada peneroka sebanyak RM1,000 sebulan dan peneroka itu akan diberikan pinjaman (hutang) yang mesti dibayar balik.
"Saya tidak mahu hidup dibebani hutang Felda lagi kerana saya mampu memperoleh pendapatan dua kali ganda jika tanam sendiri. Felda seperti cuba menghalang peneroka daripada berdikari dan mendapat hasil keuntungan berganda".
"Saya juga pernah menerima aduan daripada peneroka lain yang mereka digertak untuk diusir keluar daripada tanah rancangan jika tidak mahu tanam semula dengan Felda," katanya.
Setiausaha Program Tanam Semula Berkelompok Palon 10, Shafie Daoh pula berkata, beliau bersama beberapa peneroka yang telah melangsaikan hutang dengan Felda pernah memohon untuk menanam semula getah melalui bantuan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) tetapi tidak dibenarkan oleh Felda.
Halang pengambilan tanah individu
Beliau, yang juga antara peneroka awal sejak tahun 1985, kesal dengan pengurusan Felda yang masih menggunakan taktik kaveat (membekukan) geran hak milik individu.
"Setakat ini di Felda Palong 9 sahaja ada 27 orang manakala Felda Palong 10 dan 11 ada 54 peneroka yang mengalami nasib sebegini," katanya.
Mengejar impian agar Felda memberi pelepasan kepada mereka untuk tanam sendiri, Shafie dan beberapa peneroka lain sanggup turun ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan pegawai atasan untuk mendapatkan geran sekaligus mahu diiktiraf bebas daripada cengkaman Felda.
"Respon mereka agak mengecewakan. Mereka memberikan jawapan geran kami tidak boleh dikeluarkan begitu sahaja. Biasalah, kerenah birokrasi.
Menceritakan persiapan menyambut hari raya, Md Salam berkata tahun ini disambut secara sederhana berikutan hasil pendapatnnya yang tidak memberangsangkan seperti dulu.
"Hasil pendapatan tanaman getah kini tidak seberapa kerana pokok getah sudah tua. Tak banyak hasil yang diperoleh.
Walaupun sudah tiada hutang dengan Felda, tapi mereka tidak memberi hak milik tanah kepada saya, malah mereka menawarkan saya berhutang lagi dengan mereka melalui program tanam semula.
"Sekarang saya berada dalam keadaan dihimpit dengan tekanan kerana jika saya melakukan tanam secara sendiri, saya akan dikenakan tindakan oleh Felda," katanya. - seterusnya

No comments:
Post a Comment