11 September 2010

DSAI tak yakin umNO cerai Perkasa

Anwar Tidak Yakin Umno Cerai Perkasa

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak yakin Umno akan memutuskan hubungan politik dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia

Menurut Anwar, Umno perlu menjelaskan apakah tindakan Umno itu adalah dasar yang kekal

"Umno perlu beri penjelasan, apakah ini dasar atau keperluan politik," kata Anwar di rumah terbuka Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam, semalam.

Beliau skeptik kerana umum sedar bahawa Umno yang telah mencorak dan membesarkan Perkasa selama ini.

"Mereka meluluskan dan beri sokongan kepada Perkasa," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 3 April lalu berkata Perkasa bukan kumpulan pelampau ekstrem, jika seseorang benar-benar memahami tuntutan mereka

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive