18 December 2010

Jui Ming antara 3 Naib Presiden yang dilantik

Azmin dilantik pengarah pilihan raya PKR, Jui Meng antara naib presiden
December 18, 2010

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Datuk Chua Jui Meng merupakan antara tiga naib presiden lantikan diumumkan oleh Parti Keadilan Nasional (PKR) hari ini susulan pemilihan parti itu bulan lalu.

Pengisian jawatan-jawatan lantikan kali ini juga dilihat didominasi pemimpin-pemimpin yang rapat dan setia dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, yang turut berjaya dalam pemilihan jawatan timbalan presiden.

Dua lagi naib presiden lantikan ialah peguam dan aktivis N Surendran dan Baru Bian yang kini merupakan Pengerusi PKR Sarawak.

Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor dilantik sebagai pengarah pilihan raya menggantikan Fuziah Salleh yang memenangi saingan kerusi naib presiden.

Fuziah, ahli Parlimen Kuantan, dilantik pengarah pilihan raya Februari lalu.

Pengumuman ini dibuat susulan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang diadakan pagi tadi.

Sementara parti mengekalkan Saifuddin Nasution Ismail sebagai setiausaha agung dua calon pemimpin pusat baru-baru ini, yang mempertikaikan proses pemilihan langsung julung kali diadakan — Badrul Hisham Shaharin dan Mustaffa Kamil Ayub juga diberikan jawatan lantikan.

Badrul dilantik sebagai timbalan setiausaha agung manakala Mustaffa sebagai anggota Biro Politik PKR.

Minggu lalu, Badrul yang turut dikenali sebagai “Chegubard” menolak untuk menerima sebarang jawatan lantikan selagi segala aduan mengenai proses pemilihan diselesaikan.

Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin yang dicabar Badrul sebelum ini meletakkan harapan agar beliau diberikan jawatan di peringkat pusat, bukannya dalam sayap itu atas pengalaman dimilikinya.

Turut dilantik sebagai timbalan setiausaha agung ialah T Kumar, Steven Choong dan Ignatius Darell Leiking.

Dr Mohd Nor Manuty, yang sebelum ini mengetuai biro agama, pula dilantik sebagai ketua penerangan manakala pembantu kanan Anwar, Rafizi Ramli pula dilantik sebagai pengarah strategi.

Mohd Nor menggantikan Latheefa Koya manakala Rafizi, yang kini merupakan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, mengambil alih jawatan daripada Tian Chua.

Rafizi pernah mengumumkan akan bertanding jawatan ketua Angkatan Muda tetapi membatalkan hasratnya kemudian.

Turut dilantik menganggotai Biro Politik ialah bekas timbalan presiden Senator Dr Syed Husin Ali, Tan Sri Khalid Ibrahim, Dr Xavier Jayakumar, R Sivarasa dan Datin Paduka Dr Tan Yee Kew.

SENARAI LANTIKAN MAJLIS PIMPINAN PUSAT PKR

Ketua Umum: Datuk Seri Anwar Ibrahim

Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan Presiden: Azmin Ali

Setiausaha Agung: Saifuddin Nasution Ismail*

Naib Presiden:

- Nurul Izzah Anwar

- Tian Chua

- Fuziah Salleh

- Datuk Mansor Othman

- Datuk Chua Jui Meng*

- Baru Bian*

- N Surendran*

Ketua Wanita: Zuraida Kamaruddin

Ketua Angkatan Muda: Shamsul Iskandar Mohd Akin

Bendahari Agung: William Leong*

Ketua Penerangan: Dr Mohd Nor Manuty*

Pengarah Komunikasi: Nik Nazmi Nik Ahmad*

Pengarah Strategi: Rafizi Ramli*

Pengarah Guaman: Latheefa Koya*

Pengarah Jawatankuasa Disiplin: Datuk Dr Tan Kee Kwong*

Timbalan Setiausaha Agung: Badrul Hisham Shaharin, T Kumar, Steven Choong dan Ignatius Darell Leiking

Timbalan Ketua Penerangan: Sim Tze Tzin, Animah Ferrar dan Ir Muthiah

Nota: * merujuk kepada jawatan lantikan

- The Malaysian Insider

1 comment:

Anonymous said...

bagi sebuah parti baru wajar pkr lantik 'kawan-kawan' dalam pentadbiran supaya tidak terdedah kepada lompat melompat lagi

POLITIK PLURALISME

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive