18 December 2010

Kenapa DSAI tak dibenar memberi keterangan

Antara persoalan utama mengenai hukuman ke atas Datuk Seri Anwar ialah kenapa Ketua Pembangkang itu tidak dibenarkan memberi keterangan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Begitu juga persoalan mengapa jawatankuasa itu tidak mengambil keterangan wakil Apco walaupun beliau mendakwa hadir di negara untuk berbuat demikian.

Persoalan ini dijawab oleh Ahli Parlimen Subang R.Sivarasa yang menggangotai jawatankuasa berkenaan. Sivarasa dan Karpal Singh adalah dua daripada enam ahli jawatankuasa itu.

Mereka enggan menyertai siasatan itu selepas ahli parlimen Umno-BN menggunakan kelebihan majoriti untuk menghukum Anwar tanpa mengambil keterangan beliau.
Jawatankuasa itu juga tidak mengambil keterangan lisan daripada wakil Apco Brad Staples, Ketua Eksekutif Apco untuk rantau Eropah, timur Tengah dan Africa.

Speaker Dewan Tan Sri Pandikar amin Mulia hanya menerima surat penjelasan dari Staples.

Surat ini kemudian digunakan oleh jawatankuasa berkenaan sebagai asas utama untuk menggantung Anwar selama enam bulan.

Sivarasa berkata apa yang jelas ialah jawatankuasa tidak mahu menerima bukti-bukti yang diketengahkan oleh Anwar.

Lebih penting, jawatankuasa itu tidak mahu wakil Apco di soal balas oleh Sivarasa dan Karpal, justeru hanya surat penjelasan dari beliau yang diperlukan.

Sivarasa berkata sekiranya beliau dan Karpal diberi peluang untuk menyoal Staples, sudah tentu lebih banyak maklumat mengenai aktiviti syarikat pro-zionis itu di Malaysia akan didedahkan.

Sebaliknya surat Apco digunakan oleh Ahli Parlimen Muar Datuk Razali Ibrahim untuk mengemukakan usul supaya jawatankuasa itu sudah mempunyai bukti cukup untuk menghukum Anwar.

Justeru jawatankuasa itu secara mendadak membatalkan keputusan untuk untuk memanggil Anwar untuk memberi keterangan.

Sivarasa dan Karpal menerbitkan laporan minoriti memperincikan perjalanan dalam jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen itu, untuk diedarkan di Parlimen. Namun usaha itu dihalang Speaker Pandikar Amin Mulia.

“Kami menanyakan secara rasmi kepada speaker surat bertarikh 14 Disember,laporan minoriti daripada kami ini akan diusulkan kepada semua Ahli Parlimen namun Speaker menolaknya permintaan ini pada hari kemudiannya,” katanya - TV Selangor

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive