02 March 2011

Kenapa tuduhan Kong Choy ringan sangat - Datuk Kamaruddin


Seorang ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Account Committee (PAC) telah mempersoalkan 'tuduhan ringan' yang dikenakan kepada bekas menteri pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy berhubung kaitannya dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar yang ahli jawatankuasa pusat PAS berkata apabila ahli politik BN yang berprofail tinggi didakwa, tuduhan yang lazim dikenakan adalah ringan.

"Saya ingin tahu mengapa sedemikian. Perkara yang sama berlaku dengan (bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd) Khir Toyo dan bekas setiauasha politik (bekas menteri kewangan) Nor Mohamed Yakcop," kata Kamaruddin ketika dihubungi.

"Hal ini seakan telah menjadi pola sekarang apabila membabitkan kes-kes berprofail tinggi. Ahli politik BN yang didakwa - jika mereka didakwa - akan dikenakan hukuman yang paling ringan.”

Chan pada Isnin lalu dikenakan tiga pertuduhan menipu, yang membawa hukuman maksimum lima tahun setiap satu atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, PAC selepas inkuirinya pernah mencadangkan Chan disiasat untuk tuduhan pecah amanah(CBT), yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebatan rotan dan denda bagi pegawai kerajaan - mkini

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive