Kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikecam teruk apabila dua pegawai tertingginya terkial-kial semasa sidang akhbar mengenai kegagalannya bertindak terhadap Ketua Menteri Sarawak yang terkenal, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Beliau menjadi perhatian ramai akhir-akhir ini kerana kerap mendapat liputan di internet mengenai kekayaan tidak terperi dan rampasan tanah besar-besaran, di mana banyak laporan telah dikemukakan kepada SPRM.
Di dalam sidang akhbar untuk mengemukakan laporan tahunan jawatankuasa aduan SPRM pada 31 Mac, kedua-dua ketua pesuruhjaya, Abu Kassim Mohamad dan pengerusi jawatankuasa Mohd Nor Abdullah telah bersemuka dengan wartawan mengenai sikap SPRM yang membisu seribu bahasa terhadap tuduhan yang sekian lama ke atas Ketua Menteri itu.
Manakala jawapan Abu Kassim bersifat mengelak, reaksi Mohd Nor pula sama sekali menjengkelkan. Pasangan ini telah menyampaikan mesej yang amat jelas: Ketua Menteri (KM) Taib Mahmud tidak boleh disentuh, jangan sesiapa berani mendesak kami lebih jauh!
Untuk pelbagai pertanyaan wartawan seperti apakah aduan orang ramai telah diterima, sama ada fail sudah dibuka, berapa banyak kes yang diterima, adakah sebarang tuduhan akan dikenakan, Abu Kassim hanya memberikan jawapan yang tidak relevan seperti:
“Kami harus menyiasat segala rasuah, kami tidak boleh menolak sebarang penyiasatan, berdiam diri bukan bererti tidak bertindak, dan lain-lain”.
Bilamana pertanyaan terus menerus diajukan, beliau akhirnya mengulangi seperti burung kakak tua bagi semua pertanyaan selanjutnya: “Apabila ada sebarang aduan, ia akan menyiasat”.
Mohd Nor mencelah untuk memberi amaran kepada para wartawan untuk berundur. Jelas sekali bermegah dengan pentauliahannya sebagai bekas hakim Mahkamah Rayuan, dia meminta wartawan agar tidak melanggar Akta Percetakan dan Penerbitan (PPPA), yang menetapkan bahawa berita hanya boleh diterbitkan jika ada alasan munasabah untuk dipercayai yang ianya benar.
Dia berkata: “Jika anda bertanya kepada saya sekiranya ada sebarang penyiasatan ke atas Ketua Menteri tersebut, anda mungkin telah melanggar akta tersebut, kerana anda sudah mempunyai pra-konsepsi terhadap rasuah KM tersebut.
Anda tidak boleh menanyakan hal itu. Anda tidak boleh memancing untuk sebarang bukti. Sudahkah anda menjalankan penyiasatan anda? Dapatkan kebenarannya dahulu, baru bertanya.”
Manakala perasaan takut Abu Kassim untuk menyentuh sesuatu yang berkaitan dengan Ketua Menteri itu hanya mengesahkan apa yang diketahui umum – yang SPRM benar-benar tidak berupaya untuk menangani sebarang kes rasuah yang berkaitan dengan orang berpengaruh dari Barisan Nasional, ugutan Mohd Nor yang mengancam dan bodoh terhadap media itulah yang telah menjengkelkan orang awam yang sebelum ini berpuas hati.
Mohd Nor bercakap seolah-olah kita semua jahil mengenai bukti rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menggunung oleh Taib Mahmud yang telah dibongkar dan disebarkan di internet. Bukti-bukti terhadapnya begitu meninggi dan terperinci sehinggakan mereka menjadikannya sebuah buku setebal dua inci yang telah diserahkan secara rasmi kepada SPRM. Dan laporan-laporan yang dikemukakan hampir satu tahun yang lalu hanya didiamkan oleh SPRM.
Antara laman web yang banyak mendedahkan kekayaan melampau Taib Mahmud
Laporan terhadap Taib kebanyakannya berasaskan laman sesawang Sarawak Report (http://www.sarawakreport.org) yang memperincikan kekayaan keluarga Taib yang berjumlah jutaan bilion ringgit dalam bentuk hartanah di luar negara, syarikat-syarikat di Malaysia dan bidang tanah yang luas di Sarawak.
Laman sesawang Sarawak Report memberikan butiran mengkagumkan mengenai aset keluarga Taib, lengkap dengan bukti pemilikan yang diambil dari pendaftaran syarikat dan pendaftaran tanah. Mungkin butiran terperinci yang timbul sebagai bukti yang tak dapat dipertikaikan inilah yang telah menggentarkan SPRM, menyebabkan kedua-dua pegawai tertingginya untuk memalukan diri mereka di khalayak ramai.
Sebagai contoh dari sumber maklumat yang terdapat di Sarawak Report, laman sesawang itu baru-baru ini telah memuat naik keseluruhan pangkalan data Jabatan Tanah dan Survei Sarawak yang menunjukkan lebih dari seribu bidang tanah yang diperoleh dalam beberapa tahun lalu oleh negeri tersebut, kebanyakannya diberikan kepada keluarga terdekat dan konco-konco Taib dengan premium yang amat murah.
Kebanyakan dari bidang tanah ini, yang berjumlah lebih daripada 1.5 juta hektar, adalah sebenarnya Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), yang telah dirampas secara diam-diam dari penduduk pribumi, di mana aduan mengenainya mengakibatkan lebih dari 200 litigasi tanah. Beberapa kes yang telah didengar oleh mahkamah telah berakhir dengan berpihak kepada pemilik tanah pribumi, yang menunjukkan kesalahan undang-undang dalam perampasan tanah oleh Taib.
Sebagai bukti bahawa keluarga Taib merupakan penerima manfaat utama dari perampasan tanah haram ini, nama-nama 50 syarikat yang dipaparkan di Pendaftaran Tanah sebagai penerima asal bagi tanah dari negeri tersebut telah disenaraikan, dan masing-masing dikenal pasti sebagai ahli keluarga Taib.
Satu lagi berita buruk bagi ketua menteri yang dirundung masalah ini adalah pendedahan terkini mengenai senarai hitam 49 syarikat yang tersebar ke seluruh dunia, masing-masing dikaitkan dengan keluarga Taib.
Senarai ini, yang diumumkan oleh Bruno Manser Fund, NGO dari Switzerland yang berdedikasi terhadap perjuangan masyarakat pribumi Sarawak yang ditindas, menunjukkan 13 daripada syarikat tersebut bertempat di Malaysia, 10 di Australia, 9 di Kanada, 7 di Hong Kong, selebihnya di UK dan bahagian lain di dunia.
Apa yang menarik mengenai keseluruhan episod rasuah Taib ini adalah bahawa Taib sendiri tidak pernah benar-benar menyangkal kewujudan aset keluarganya yang luas.
Dalam sebuah wawancara semasa kempen siber dilancarkan olehnya baru-baru ini untuk menangkis pelbagai tuduhan, beliau mengaitkan kekayaan keluarganya dengan kebijaksanaan anak perempuannya, Jamilah, seorang pengusaha.
Taib menjelaskan bahawa ketika beliau meninggalkan kerajaan Persekutuan tiga dekad lalu, beliau telah memberikan sejumlah wang kepada Jamilah dari manfaat yang diperolehnya untuk memulakan perniagaan di Kanada.Berkat kepintarannya dalam perniagaan, perniagaannya telah berkembang menjadi sebuah empayar antarabangsa.
Sementara kita masih cuba berimaginasi mengenai bentuk kredibiliti yang boleh diberikan kepada cerita permulaan kekayaan Taib tersebut, jawapannya timbul sewaktu wawancara lain bersama Taib.
Untuk memperkuatkan kesahihan ceritanya, Taib menghuraikan lebih lanjut bahawa beliau tidak mempunyai pilihan selain melakukan perniagaan di luar negara 30 tahun yang lalu di mana anak-anaknya yang berpelajaran tinggi sedang menjalankan perniagaan.
Beliau berkata, “Saya tidak mahu konflik kepentingan menghantui saya sepanjang masa. Jika saya menjalankan perniagaan di dalam negara, orang akan berkata saya menggunakan pengaruh saya untuk memperkaya diri sendiri, jadi kami melakukannya di luar negara”.
Sememangnya itu satu pembohongan yang amat dahsyat! Siapa di Sarawak yang tidak tahu bahawa konglomerat CMS terbesar di negeri itu adalah kemegahan empayar perniagaan keluarga Taib yang mendapatkan kontrak terbaik dari negeri tersebut, yang menjelikkan komuniti perniagaan tempatan? Dengan pembohongan terang-terangan itu, kredibiliti apa yang boleh kita berikan kepada cerita kekayaan Taib yang kononnya dari titik peluhnya sendiri?
Berhadapan dengan bukti menggerunkan mengenai rasuah besar-besaran, pengerusi jawatankuasa aduan SPRM berani membuat ugutan undang-undang terhadap penanya yang ingin tahu, seolah-olah Taib Mahmud merupakan mangsa tuduhan yang meragukan!
Cerita Taib Mahmud hanyalah salah satu daripada banyak lagi skandal rasuah mega Barisan Nasional yang didiamkan oleh agensi penguat kuasa undang-undang, tidak kira SPRM, polis, peguam negara mahupun badan kehakiman.
Dan sandiwara terbaru oleh SPRM yang diperjelaskan di sini hanya mengesahkan bahawa tiada apa yang berubah walaupun menerusi reformasi yang digembar-gemburkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui pelbagai slogannya.
* Diterjemah dan disunting dari rencana Kim Quek. Beliau adalah seorang penulis dan penganalisis politik.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11422
4 comments:
Kalau SPRM siasat Taib dan keesokannya berita mengatakan Taib
jatuh bangunan BUNUH DIRI, Seluruh
rakyaat Malaysia akan percaya.Tak
payah buang duit tubuh suruhanjaya
diraja.RAKYAAT BUKAN BUTA MINDA BOB!!
Hanya spesisx lembu aje hangpa boleh
kelentong!
Kalau SPRM siasat Taib dan keesokannya berita mengatakan Taib
jatuh bangunan BUNUH DIRI, Seluruh
rakyaat Malaysia akan percaya.Tak
payah buang duit tubuh suruhanjaya
diraja.RAKYAAT BUKAN BUTA MINDA BOB!!
Hanya spesisx lembu aje hangpa boleh
kelentong!
Kedua2 BIAWAK COMMODORE tu kalau tak berani atau gagal menjalankan AMANANAH * LETAK JAWATAN*. Masa jawatan kosong berebut-rebut, lobby sana lobby sini. Bagi AMANAH tak boleh buat kerja. Dok rumah jilat #$@^ bini saja sudah lah. Lepaskan jawatan sekarang.
aku percaya cakap sprm itu... sedangkan kerani Mat Taib bpr x berani sentuh semasa menandatangani surat SU JKKK pada hal dia bukan SU JKKK masa tu.
Post a Comment