07 May 2011

Komentar pagi Sabtu : Chua Soi Lek vs Chua Jui Meng

Chua Soi Lek adalah seorang Cina yang tak berguna. Bukan pasai dia dirakam melalui video melakukan hubungan sex dengan seorang perempuan yang bukan bini dia. Dia tak berguna pasai dia duduk dalam Barisan Nasional. Sesiapa yang datang dari BN secara otomatik tak guna. Kalau depa bagus, depa tak kan duduk dalam Barisan Nasional.

Chua Jui Meng merupakan Cina yang bagus. Walaupun satu masa dulu dia merupakan menteri yang korup dalam kerajaan Barisan Nasional, dia sudah meninggalkan kerajaan dan sekarang dalam PKR. Sesiapa yang datang dari BN yang melmmpat masuk kedalam Pakatan adalah orang yang bagus, walaupun dia merupakan seorang Cina yang korup.

Chua Jui Meng dikatakan seorang Kristian yang “Dilahirkan Semula”. Ini bermakna, dia ‘mati’ dan dilahirkan semula. Orang Islam dikatakan “dilahirkan semula” sebagai Islam apabila menunaikan Haji di Mekah. Bila seseorang Muslim menunaikan Haji, ianya seolah-olah telah mati dan dilahirkan semula. (Semua dosa lama telah diampunkan).

Chua Jui Meng mungkin telah menjadi seorang Kristian yang dilahirkan semula. Tapi, dia tidak memulangkan duit kopi yang diambil semasa dia belum ‘dilahirkan semula’ dan masih didalam BN.

Ini bermakna, hanya mulai dari sekarang dia akan menjadi baik. Semua yang tak baik yang dilakukan sebelum dia ‘dilahirkan semula’ dan semua duit haram yang dia ambil sebelum itu tidak termasuk dalam perubahan ini. Duit itu masih kekal kat dia. Dia tak perlu membayar dosa yang dia buat dengan mengembalikan duit itu.

Patut la ramai Cina MCA yang aku tau, (termasuk seseorang dalam The Star) menjadi seorang Kristian yang ‘dilahirkan semula’. Sama juga macam pembersihan wang haram. Semua dosa-dosa lama terhapus, tapi dalam masa yang sama..duit yang depa ambil depa simpan.

Lawak sungguh depa ni. Sama macam orang Islam yang baru naik haji. Semua dosa diampunkan, tapi duit haram depa simpan.

Apapun, itu bukan aku punya pasai. Yang aku risau ialah Chua Jui Meng mungkin tidak ‘dilahirkan semula’ macam yang dia cakap. Benarkah dia sudah mendapat petunjuk? Benarkah dia betul-betul berubah? Adakah dia menyertai pembangkang kerana dia melihat ‘kebenaran”? atau pun ada udang disebalik batu?

Apabila Jui Meng mula-mula menyertai PKR,semua orang berpesta menyambutnya. Ikan besar dari MCA dah masuk pukat dan sudah sedar dan insaf. Chua Jui Meng akan diletakkan untuk menentang Chua Soi Lek di Johor.

Sekarang, tolong ambil perhatian. Kalau hangpa nak menubuhkan kerajaan pusat, ada lima negeri yang perlu ditawan. Selangor (22), Perak (24), Johor (26), Sabah (25) dan Sarawak (31). Lima negeri ini menguasai 128 kerusi di Parlimen sementara 8 negeri selebihnya menguasai kurang dari 100 kerusi. (94)

Serupa juga dengan pemilihan Umno. Seseorang itu perlu menguasai negeri-negeri ‘besar’ untuk memenangi pemilihan parti. Perak, Selangor dan Johor adalah penting. Termasuk Sabah. ( Umno tak ada kat Sarawak, tapi tak lama lagi akan wujud)

Chua Jui Meng perlu memastikan dia dapat mengalahkan Chua Soi Lek di Johor. Masalahnya: Chua Soi Lek lebih popular dari Chua Jui Meng. Malah orang-orang di Kementerian Kesihatan dan para doktor/jururawat di hospital kerajaan mengutuk Chua Jui Meng dan memuji Chua Soi Lek.

Habis, macam mana Chua Jui Meng dapat menguasai Johor?

Itu satu masalah. Lagi satu masalah ialah: Mungkinkah Chua Jui Meng seorang Trojan Horse? Kadang-kadang aku terfikir juga.

Chua Jui Meng adalah sebahagian dari team yang menyelesai dan mempersetujui ‘perjanjian damai’ PKR Sabah. Krisis PKR Sabah telah diselesaikan dan mereka yang mahu meninggalkan PKR untuk bersama Jeffery Kittingan menubuhkan parti baru bersetuju untuk membatalkannya dan kekal didalam PKR.

Tiba-tiba seseorang didalam Ibupejabat PKR membuat U-turn. (Sekarang U-turn cukup popular). Depa menafikan wujudnya ‘perjanjian damai’ dan sebaliknya mengambil tindakan disiplin terhadap ‘pemberontak’ diSabah. Ia menghapuskan semua harapan untuk PKR mengambil alih Sabah.

Tetapi Chua Jui Meng ada disana. Dia tau semua yang berlaku. Mengapa dia diam dan tak bercakap sebaliknya membiarkan isu ini berlanjutan sehingga lingkup?

Adakah Chua Jui Meng membuat U-turn? Adakah tiba-tiba dia kecut teloq? Adakah dia disuruh untuk tutup mulut? Atau dia sengaja mendiamkan diri dan membiarkan PKR Sabah hancur?

Chua Jui Meng sepatutnya melakukan sesuatu untuk menghindar perkara ini dari hancur. Tetapi sekarang dah terlambat. PKR Sabah sekarang berada dalam keadaan tenat. Dan melihat kepada keputusan pilihanraya Sarawak yang baru lalu, PKR Sarawak juga akan menjadi tenat. Johor juga tidak menampakkan perubahan yang baik.

Yang tinggal hanya lah Selangor dan Perak. Mampukah Pakatan melakukan yang terbaik di Selangor dan Perak? Aku harap macam tu la. Tapi kalaupun depa mampu melakukkanya, ia masih tak cukup. Itu hanya dua negeri. Depa perlukan tiga negeri lagi.

Jom kita tengok rekod pembangkang yang lalu.

Pembangkang menang banyak tahun 1990. Turun tahun 1994. Bagus sikit tahun 1999. Lingkup tahun 2004. Berjaya tahun 2008. Apakah yang dijangkan akan berlaku pilihanraya akan datang?

Ini satu perkara yang perlu difikirkan. Pembangkang tidak pernah melakukan yang terbaik dalam dua pilihanraya berturut-turut. Dan ini juga yang mungkin kita alami, kalau kita tidak berhati-hati.

(Ini juga bukan aku yang tulis, tapi terjemahan mengikut slang aku dari artikel asal Raja Petra, Good vs Bad " Mat Saman Kati)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive