08 February 2012

SPRM panggil Shahrizat mengadap

PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil telah dipanggil ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini lewat petang ini berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (PFN).

Adalah difahamkan, sehingga berita ini ditulis pada jam 5.10 petang, Shahrizat masih lagi berada di Ibu Pejabat SPRM bagi membantu siasatan ke atas isu berkenaan.

Shahrizat diheret dalam isu projek PFN yang dikendalikan suaminya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.



Susulan itu, beliau berehat selama tiga minggu bermula 13 Januari lalu daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang kononnya wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada syarikat tersebut.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive