17 April 2013

bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Dr Mazlan Ismail calon UMNO lawan DSAI di Permatang Pauh

Mohd Sabri Said,17 Apr 2013

PERMATANG PAUH: PAS Permatang Pauh mengucapkan syabas dan tahniah kepada bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Dr Mazlan Ismail (gambar) kerana terpilih sebagai calon Umno Parlimen Permatang Pauh.

Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hasan dalam kenyataan pada Harakahdaily menegaskan, tanggungjawab PAS Kawasan sebelum ini yang mengadakan pertemuan silatulrahim dengan Dr Mazlan sudah selesai dan terpulang padanya untuk bertanding atau tidak melawan Datuk Seri Anwar yang mewakili Pakatan Rakyat di Permatwng Pauh.

"Bila kita ketahui pengumumanya sebagai calon Barisan Nasional (BN) kita akur itu adalah pendirianya dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi untuk bersuara.

"Selepas ini PAS akan melancarkan serangan ke arah BN seperti biasa walaupun tuan tubuh yang mewakilinya merupakan ahli seumur hidup PAS, " jelasnya menangkis tohmahan yang mengatakan PAS Permatang Pauh akan memberikan sokongan pada Dr Mazlan yang juga bekas Pengarah Jabatan Piihanraya PAS Negeri.

Omar yang juga bekas Ketua Penerangan PAS Negeri menyifatkan pembabitan Dr Mazlan dalam Umno sudah dijangka.

Menyentuh mengenai statusnya sebagai ahli PAS seumur hidup yang berdaftar di kawasan Permatang Pauh beliau menyerahkan kepada pihak PAS negeri untuk tindakan sewajarnya.

Waktu ini jentera PAS dilipat gandakan bersama PKR berikutan ke tiga-tiga Dewan Undangan Negeri iaitu Penanti, Permatang Pasir dan Seberang Jaya semuanya muka baru yang tidak dikenali.

"Harapan kita kali ini untuk menang di semua Dun dan Parlimen cerah.  Dulu kita hanya tewas di Dun Seberang Jaya apabila Datuk Arif Shah Omar Shah menjadi calon.

"Maklumlah beliau baik orangnya selalu bantu tanpa kira politik serta petah berbicara dalam bahasa cina, " kata beliau.

Hari ini pula sitiasi telah bertukar apabila di Dun Seberang Jaya diberikan kepada muka baru iaitu Datuk Mohamad Nasir Abdullah, Dun Permatang Pasir, Anuar Faisal Yahaya dan Dun Penanti, Ibrahim Ahmad.

Omar berharap, pergelutan dalaman Umno Permatang Pauh memberikan keyakinan bahawa Pakatan Rakyat akan menyapu bersih kerusi Dun dan mempertahankan Permatang Pauh.

1 comment:

Anonymous said...

ulama fulus yg ilmu boleh di jual beli

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive