15 December 2014

Perogol Umpan Mangsa Tiket Jumpa One Direction Dipenjara 18 Tahun




Perogol kanak-kanak, David Whatmore (kiri) mengumpan mangsa dengan tiket untuk berjumpa kumpulan popular One Direction (kanan), dipenjara 18 tahun.
SEORANG perogol kanak-kanak yang mengumpan mangsanya dengan berjanji untuk memberikan tiket bagi melihat kumpulan penyanyi popular, One Direction, dipenjarakan selama 18 tahun.
David Whatmore mula mencabul budak perempuan itu ketika mangsa berusia 11 tahun.
Dia kemudiannya memperdayakan budak perempuan itu dengan tawaran melihat One Direction untuk merogolnya ketika mangsa berusia 12 dan 13 tahun.
Perkara itu berlanjutan selama dua tahun, dan hakim menyifatkannya sebagai 'kempen rogol' apabila Whatmore dijatuhkan hukuman penjara di Mahkamah Bolton Crown pada Jumaat.
Ia hanya berakhir pada Februari tahun lalu, selepas ibu mangsa menemui mesej berbaur seks daripada Whatmore di dalam akaun Facebook milik anaknya.
Anaknya itu kemudiannya memberitahu polis bahawa lelaki berusia 50 tahun itu telah menawarkannya hadiah, termasuk wang, haiwan perliharaan, tiket konsert dan kelas latihan menyanyi.
"Tetapi awak perlu melakukan hubungan seks dengan saya sebagai balasan," kata Whatmore kepada mangsa.
Pendakwa, Amanda Johnson berkata, Whatmore mungkin kerap merogol budak perempuan itu, kira-kira sekali sebulan, beberapa kali di dalam vannya dan rumahnya di Deane di Bolton, Manchester.
Johnson berkata, mangsa merupakan seorang peminat One Direction dan Whatmore menipu mempunyai tiket VIP untuk berjumpa dengan kumpulan penyanyi itu dan menggunannya sebagai umpan untuk melakukan hubungan seks dengan mangsa. - dailymail.co.uk

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive