04 December 2014

Rafizi: Saya bangga dapat surat peguam Najib


MP Pandan Rafizi Ramli berkata beliau bangga menerima surat memohon penjelasan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib  Razak berhubung kenyataannya berkaitan subsidi minyak.

Katanya, beliau hanya mempertahankan subsidi itu sebagai hak rakyat, seperti terkandung dalam video bertajuk “Kenapa Kita Pertahan Subsidi Minyak”.



Rafizi (kanan) berkata beliau berbangga kerana mempertahankan hak mendapat subsidi minyak sekurang-kurangnya 30 sen seliter sewaktu pimpinan negara didakwa berbelanja sewenang-wenangnya dana rakyat.

Katanya, ia seperti dalam projek yang didakwa membebankan rakyat seperti 1MDB.

Naib presiden PKR itu berkata beliau sudah menjangkakan akan disaman bersama MP Petaling Jaya Utara Tony Pua berhubung kritikan berterusan terhadap 1MDB.

"Saya telah menyatakan secara terbuka bahawa saya bersedia berdebat dengan mana-mana pimpinan Umno baik yang muda atau tua, menteri atau tidak dalam mempertahankan subsidi minyak ini.

"Sehingga sekarang tidak ada seorang pun pimpinan Umno – dari ketua Pemudanya hingga ketua penerangan yang berani tampil berdebat mengenai subsidi minyak ini.

"Maka, surat ke arah tindakan saman dari Datuk Seri Najib Razak ini kena tepat pada masanya.

"Dalam keadaan tiada pimpinan Umno yang berani berdebat secara terbuka mengenai subsidi minyak, sewajarnya Datuk Seri Najib Razak tampil menjawab hujah-hujah saya secara terbuka," katanya dalam satu kenyatan.

Rafizi yang juga setiausaha agung PKR berkata beliau akan menjawab surat Najib dan bersedia memberi keterangan di mahkamah kelak.

"Saya juga percaya Datuk Seri Najib Tun Razak akan menggunakan mahkamah dengan menjadi saksi dan memberi keterangan mengenai 1MDB, wang pencen dan kes-kes lain yang berkaitan dengan keputusan beliau memotong subsidi," katanya.

Rafizi turut mencadangkan Najib supaya berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim khusus mengenai isu subsidi minyak yang menjadi isu besar di kalangan rakyat.

Surat melalui tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak itu mewakili Najib, dalam kapasitinya secara peribadi, dan juga isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

6 comments:

Anonymous said...

Kandungan surat berkenaan jelas menyatakan Rafizi disaman kerana telah membuat fitnah dan penipuan, bukan disebabkan beliau mempertahankan subsidi untuk Rakyat.......Rafizi penipu.

mosabit said...

korang tengok???..sapa kata pm takda telor...see my egg laaa...

Anonymous said...

Rupa-rupanya, surat peguam Najib Razak bukan 1 sahaja seperti dalam twitter Rafizi tetapi ada 3 lagi mukasurat yang tidak ditunjukkan oleh Rafizi Ramli.

Dan kandungan surat peguam Najib Razak bukan mempersoalkan 'subsidi petrol' itu tetapi beberapa kenyataan berunsur fitnah yang didakwa dilemparkan oleh beliau kepada Najib Razak dan isteri.Liar liar may u burn in hellfire?Nampaknya, Rafizi telah kantoi dalam permainan beliau sendiri. Memalukan.

Anonymous said...

siapa yg tertipu ni..
tipah ke abang..
ha ha ha..

Anonymous said...

telor? siapa kata takde telor? aku pun rasa takde telor juga la..

Anonymous said...

biar masuk mahkamah.

selain parlimen , mahkamah merupakan medan utk PR berhujah.

di luar byk sgt akta2 pro umnu nya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive