09 August 2008
Permatang Pauh Tiket DSAI ke Putrajaya
Sumber: anwaribrahimclub
08 August 2008
Anwar yakin ke PUTRAJAYA 16 Sept.
Oleh abruzzimaterazzi"
PETALING JAYA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi tuduhan meliwat semalam yakin akan dapat membentuk kerajaan menjelang 16 September ini.
Kami berada di landasan yang betul ketika ini. Insya Allah kita akan bentuk kerajaan Pakatan Rakyat menjelang 16 September," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Sebelum ini, bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkali-kali melaungkan keyakinannya bahawa terdapat ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat menyertai Pakatan Rakyat pada tarikh tersebut. ... seterusnya
Sumber: tranungkite
02 August 2008
Keadaan Kita Sekarang "Tidak Baik"
Annuar memberi alasan konon nya kerajaan terpaksa menggunakan wang rakyat dengan mengeluarkan perbelanjaan yang besar sedangkan keadaan sekarang adalah baik...???
Mungkin Annuar mengeluarkan kenyataan ini selepas terjaga dari mimpi nya ... "keadaan sekarang adalah baik". Saya ingin bertanya apa yang dimaksudkan dengan "baik" itu?
Saya tak nampak samada dari segi politik atau pun ekonomi kita sekarang ini "baik".
Apakah "baik" apabila tak habis-habis rakyat sedang memperkatakan tentang kenaikan harga minyak? Dan macam-macam kenaikan ekoran kenaikan tersebut?
Apakah "baik" bila rakyat sekadar bercakap di sana-sini, bersembang di kedai-kedai kopi tanpa melakukan demo jalanan seperti yang pernah berlaku suatu ketika dahulu?
Sebenarnya keadaan kita sekarang TIDAK BAIK. Tapi sebagai rakyat biasa apa lah sangat yang dapat kami lakukan selain dari menukar pemerintah.
Jadi ini lah peluang kami untuk menghantar DSAI memasuki Parlimen dan seterusnya ke Putra Jaya.
Jadi untuk kawan-kawan di Permatang Pauh, khususnya di Seberang Jaya dan juga di DUN Penaga (walaupun bukan dalam Parlimen Pmtg Pauh) bergerak lah mulai sekarang, dan pastikan Permatang Pauh tetap dalam tangan PKR/PR
Insyaallah .....
29 July 2008
Jalan Pintas ke Putrajaya
Penarikbeca ... Mat Salon zaman dulu-dulu kata, once bitten twice shy. Dah terkena sekali, memang tak nak dah! Malaysiakini hari ini melaporkan, orang yang disebut-sebut akan menjadi Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambery Kadir memberi jaminan tidak akan menganiayai PAS dalam kerjasama antara PAS dan Umno untuk membentuk kerajaan campuran Perak seperti ditawarkan oleh Umno.AlhamduliLlah kalau demikian adanya. Kalau benar bagai dikata, lega rasanya. Itulah yang menyebabkan berlaku apa yang Orang Putis kata, once bitten but never shy. Never ever!Lagipun, setahu saya, Dr Zambery adalah dari jenis yang tak suka berbohong. Dia juga berani. Sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap pada tahun 1998 dahulu, lupakah anda siapa yang berani muncul dalam TV3 membelasah Tun Dr Mahathir Mohamad? Dr Zambery! ..... selanjutnya
Sumber: Penarik Beca