PAS: Kajian ilmiah pelajar UM rumus Mat Indera bukan komunis
September 08, 2011KUALA LUMPUR, 8 Sept — PAS pusat meneruskan usaha membawa bukti mengenai Ahmad Indera, yang dikaitkan dengan tragedi Bukit Kepong dengan menegaskan kajian ilmiah seorang pelajar universiti menunjukkan beliau bukan seorang ahli komunis.
Kajian itu dihasilkan oleh Ayub @ Uiop Kassim dari Jabatan Sejarah, Universiti Malaya pada 1973.
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Ahmad Zuhdi Marzuki berkata, kajian bertajuk “Peristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem” itu adalah kajian untuk memenuhi keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sastera.