Showing posts with label sekolah mengandung. Show all posts
Showing posts with label sekolah mengandung. Show all posts

06 October 2010

Sekolah 'Anak Haram' terima bayi pertama

Sekolah Harapan sambut kelahiran bayi pertama

JASIN, 6 Okt – Sekolah Harapan yang menempatkan remaja hamil di sini menyambut kelahiran bayi pertama – lelaki seberat 3.6 kilogramme.

Bayi itu dilahirkan pada pukul 8 pagi, Isnin lepas di Hospital Jasin, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mencetuskan idea penubuhan sekolah itu.

“Saya difahamkan bayi tersebut akan diambil oleh keluarga kepada remaja perempuan itu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mohd Ali berkata di samping memberi perlindungan kepada remaja hamil, penubuhan sekolah itu juga dapat mengelakkan kes pembuangan bayi.

Sekolah itu mula dibuka pada 17 September lepas, kini menempatkan sembilan lagi remaja yang sedang hamil.

Sekolah berasrama itu dikendalikan Majlis Agama Islam Melaka. – Bernama

21 September 2010

Sekolah 'Anak Haram' - Pengajian lima pelajar bermula

JASIN – Lima pelajar Sekolah Harapan yang mendaftar semalam mula menjalani sesi persekolahan seperti biasa di sekolah berkenaan.

Pengerusi Sekolah Harapan, Datuk Ab Rahaman Ab Karim berkata, mereka yang mendaftar hadir secara sukarela untuk berlindung di sekolah itu.

“Seramai empat orang pelajar akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seorang lagi berada di Tingkatan Empat.

“Masing-masing sudah hamil lebih enam bulan dan tahap kesihatan mereka akan sentiasa pantau dari masa ke semasa," katanya ketika ditemui media di sekolah berkenaan, semalam.

Semalam, sekolah sama menerima pendaftaran seorang pelajar berbangsa Cina selepas selesai menjalani sesi temu duga, kaunseling dan pemeriksaan kesihatan.

Menurutnya, pihaknya juga bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk sesi kaunseling menenangkan psikologi pelajar yang sedia maklum dalam keadaan tertekan.:

Pada masa sama, Ab Rahaman turut menangkis tanggapan Sekolah Harapan hanya disediakan untuk pelajar Melayu, sebaliknya ia adalah untuk semua bangsa seiring gagasan 1Malaysia.:

"Setakat ini, kami menerima empat lagi panggilan bagi memohon kemasukan di sekolah ini.

“Walaupun ia dipantau Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) tetapi kesaksamaan semua pihak diperlukan dan berikan juga peluang kepada remaja terbabit menjadi warganegara berguna,” katanya

19 September 2010

hahaha ... 5 ibu 'anak haram' akan daftar masuk sekolah ibu mengandung esok


JASIN, 19 Sept — Seramai lima remaja yang sedang hamil akan menjadi pelajar kumpulan pertama yang mendaftar masuk ke Sekolah Harapan di Jalan Pegawai di sini yang ditubuhkan bagi memberi perlindungan kepada golongan berkenaan.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mencetuskan idea penubuhan sekolah tersebut berkata remaja berkenaan yang berusia antara 16 dan 17 tahun akan ditemani keluarga masing-masing ketika mendaftar.

“Empat daripada mereka akan bersekolah dalam Tingkatan Lima dan seorang di Tingkatan Empat.

“Mereka masing-masing dari Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Pahang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis tahlil dan meninjau operasi sekolah tersebut hari ini.

Sekolah Harapan itu yang dibuka Jumaat lepas dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Melaka, beroperasi di dua bangunan lama milik Syarikat Air Melaka Berhad yang diubah suai menjadi sekolah berserta sebuah asrama.

Mohd Ali menjelaskan kesemua remaja itu memasuki sekolah tersebut melalui bantuan ibu bapa masing-masing dan bukan datang secara sukarela.

“Seorang daripada lima pelajar perempuan berkenaan adalah berbangsa Cina. Ini membuktikan kita tidak mengenakan sebarang sekatan atau had demi memberi perlindungan kebajikan kepada remaja yang memerlukan bantuan,” katanya.

Beliau berkata peraturan yang ditetapkan di sekolah itu adalah sama dengan pusat pemulihan dan sekolah biasa yang lain termasuk mempraktikkan system pembelajaran yang sama.

“Bagaimanapun, orang ramai tidak dibenarkan memasuki sekolah ini tanpa kebenaran dan identiti serta gambar pelajar dirahsiakan bagi menjaga kepentingan pihak berkaitan,” katanya.

Mengenai tindakan undang-undang Syariah terhadap pelajar terbabit di atas kehamilan mereka tanpa hasil pernikahan yang sah, Mohd Ali berkata perbincangan lanjut akan diadakan bersama dengan keluarga remaja terbabit dan terpulang kepada Mahkamah Syariah untuk mengambil tindakan lanjut. — Bernama/TMI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive