Showing posts with label undi tak percaya. Show all posts
Showing posts with label undi tak percaya. Show all posts

22 January 2014

Ada Berani: Ayuh MP BN undi tidak percaya kepada Najib..!!!

Rabu, 22 Januari 2014


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyeru ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) berganding bahu dengan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) untuk mengemukakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Demi kepentingan negara dan rakyat, katanya, Malaysia tidak mampu lagi mempunyai Perdana Menteri ‘kangkung’.

"Adakah ini Perdana Menteri yang sepatutnya disokong?

12 April 2009

"Orang Lain Saya Tak Pasti, Tapi Saya Tidak" kata Rosol


Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Wahid memberi jaminan beliau tidak akan membawa usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bermula esok.

Malah beliau turut menafikan sekeras-keranya dakwaan yang mengatakan bahawa beliau akan mengetuai beberapa lagi ADUN Barisan Nasional (BN) yang lain untuk berbuat demikian.

"Tak ada...tak ada rancangan nak buat begitu (usul undi tidak percaya).

"Saya jamin saya tak akan kemuka sebarang usul undi tak percaya kepada Menteri Besar," katanya kepada mStar Online.

Persidangan DUN Terengganu dari Isnin hingga Rabu ini akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

Jelasnya lagi dakwaan tersebut sememangnya tidak berasas dan beliau turut hairan mengapa namanya dikaitkan dengan perkara tersebut.

"Ini semua tidak betul, saya pun pelik kenapa orang kaitkan nama saya dengan benda-benda begini," katanya.

Desas-desus yang mengatakan ada ADUN BN akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Said mula tersebar sejak beberapa minggu lepas.

Sebelum ini, khabar angin turut mengatakan bahawa jawatan Menteri Besar akan bertukar tangan pertengahan tahun ini malah perkara tersebut semakin hangat diperkatakan sejak Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Khabar angin itu mengatakan bahawa akan ada perubahan beberapa jawatan Menteri Besar termasuk Terengganu di bawah pentadbiran Najib.

Bagaimanapun jelasnya beliau tidak dapat memastikan jika ada ADUN lain yang ingin mengutarakan usul berkenaan.

"Orang lain saya tak pastilah macam mana, itu terpulang kepada merekalah, tapi bagi saya memang tak ada," katanya.

Beliau turut mengesahkan akan menghadiri persidangan DUN yang akan bermula esok.

Diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar yang memberi amaran bahawa ADUN BN yang mengemukakan usuk undi tidak percaya terhadap kepimpinannya akan dipecat, Rosol berkata amaran tersebut terpulang kepadanya.

"Terpulang kepada beliau nak beri amaran, tapi kita pun tak pasti amaran tersebut ditujukan kepada siapa atau pihak mana," katanya. -- mStar

11 April 2009

MB Terengganu Bakal Diguling

Kemelut baru bakal membungkus Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said apabila berdepan dengan Sidang Dun tidak lama lagi. Mahu tidak mahu, sidang mesti dipanggil.
Kesemua 23 Adun BN yang kononnya berdiri di belakang anak Badawi dan Idris Jusoh akan mengusulkan undi tidak percaya kepada Dun bagi membalas "dendam" terhadap Ahmad yang engkar dengan pantang larang Idris Jusoh.
Menteri Luar, Rais Yatim dan Pensyarah UIAM, Dr Abdul Aziz Bari sependapat tentang kaedah undi tidak percaya ini, merupakan satu jalan bagi menidakkan Ahmad Said sebagai Menteri Besar.
Menurut Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang mengulas tentang kemelut politik di Terengganu yang kian panas dan membingungkan, "betul atau salah sudah tidak penting lagi kerana tidak ada apa yang boleh dilakukan.""Keputusan MPPR adalah berdasarkan kuasa budi bicara dan ini ada elemen yang subjektif. Ia tidak boleh dipersoalkan."Lagipun Sultan tidak boleh dibawa ke mahkamah: Mahkamah Khas Raja-Raja cuma menangani tindakan peribadi. Perlantikan Menteri Besar adalah tugas rasmi".
Dr. Abdul Aziz menambah sekiranya Ahmad berjaya dijatuhkan melalui undi tidak percaya maka MPPR perlu melantik Adun lain yang dirasakan mempunyai sokongan majoriti."Ataupun terus membubarkan dewan supaya pilihan raya boleh diadakan agar rakyat dapat membuat keputusan!"Pakar Perlembagaan dari UIAM itu berkata dalam Perlembagaan Negeri dan juga Persekutuan ada peruntukan di mana ketua negeri boleh "memprorog" atau membubarkan dewan."Peruntukan ini dinyatakan tanpa ada permintaan dari kerajaan yang ada. Saya fikir ini boleh digunakan oleh Sultan atau MPPR dalam keadaan seperti yang wujud di Terengganu sekarang".
Rais Yatim yang juga ahli undang-undang menjangkakan Ahmad Said akan jatuh seperti "nangka masak" jika meneruskan hasrat menjadi Menteri Besar."Bila dia (Ahmad) buat jemputan bersidang tentu 23 ahli Dun ini akan menzahirkan undi tidak percaya. Jika ini berlaku, jatuhlah beliau seperti "nangka masak"."Itu proses dia. Ikut manapun tidak mungkin bagi beliau meneruskan jawatan itu tanpa ada sokongan majoriti," tegas Rais kepada Utusan Malaysia.
Dalam kemelut politik Terengganu, Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) telah menamakan Ahmad Said sebagai MB yang baru dengan menolak calon Perdana Menteri dan Umno Terengganu, Idris Jusoh kembali ke kerusi itu.Sekalipun, Idris menyerahkan segalanya kepada qada dan qadar, serta bersedia menerima apa jua keputusan dari istana sebelum ini, terbukti palsu dan lakonan semata.
Pilihan istana terus dipersoal, ditentang dan istana menjadi sasaran cemuhan 23 Adun BN Terengganu secara biadap dan derhaka. Mereka memboikot majlis angkat sumpah dan mengugut akan memecat Ahmad dari menjadi ahli Umno.Kemarahan peimpin Umno Terengganu itu gagal disembunyikan, malah terus meluap-luap hingga tercatat kemarahan itu di sepanduk "Kami Nak Idris, Natang!" yang boleh ditafsirkan betapa marahnya mereka terhadap istana dengan menggelarnya "binatang". - HARAKAH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive