KUALA LUMPUR 20 Sept, — Biro Pengaduan Awam (BPA) akan menemui Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok Isnin ini bagi mendapatkan penjelasan mengenai dakwaan bahawa beliau tidak diberikan makanan yang sesuai sepanjang penahanannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Balai Polis Jalan Travers di sini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri T. Murugiah berkata beliau bersama beberapa pegawai dan kakitangan BPA akan menemui Kok bagi mendapatkan maklumat.
“Jikalau benar Teresa (Kok) tidak mendapat makanan sesuai sepanjang lapan hari ditahan, beliau bolehlah mengemukakan aduan rasmi kepada kami,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Bola Sepak antara pelajar-pelajar Sekolah Tamil Wilayah Persekutuan dan Selangor di sini hari ini. ... seterusnya di Utusan Online
No comments:
Post a Comment