19 September 2008

NAJIB HARAP PEMBEBASAN TERESA DAPAT REDAKAN ISU

Ramjit-->

PEKAN, 19 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berharap pembebasan anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok dari tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dapat meredakan isu penahanan di bawah akta itu.
Timbalan Perdana Menteri berkata beliau menyambut baik pembebasan itu jika polis memikirkan ia sesuatu yang wajar dilakukan."Itu keputusan pihak polis, jadi kalau pihak polis memikir dia wajar dibebaskan, saya mengalu-alukan tindakan yang dibuat pihak polis, dan harap akan meredakan isu ISA, dan menunjukkan kerajaan amat mementingkan keselamatan negara kita dan keamanan negara kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampian zakat bagi Parlimen Pekan di sini.
Beliau mengulas pembebasan Teresa Kok, yang juga anggota exco kerajaan negeri Selangor itu pada pukul 1.30 tengah hari ini setelah ditahan lapan hari mengikut Seksyen 73 (1) ISA 1960 kerana didakwa mencetuskan isu perkauman dan persengketaan agama.Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam satu kenyataan berkata polis berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh Kok semasa siasatan dijalankan, dan tiada lagi sebab untuk meneruskan penahanan.-- BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive