Jimadie Shah Othman Sep 19, 08 1:06pm
Polis sehingga ini memanggil tiga orang berhubung isu petisyen masyarakat bukan Islam yang mendesak diperlahankan penggunaan pembesar suara dalam program keagamaan di Masjid Bandar Kinrara.
Polis menemui pengerusi jawatankuasa masjid Abdul Rahman Nasir dan seorang penduduk bukan Islam yang menyerahkan petisyen itu kepada exco kanan Selangor, Teresa Kok – masing-masing ditemui awal malam tadi dan tengah hari semalam.Bilal masjid berkenaan Bahrudin Maskor dilaporkan memberi keterangan kepada polis kira-kira pukul 1.30 petang di ibu pejabat polis (IPD) Dang Wangi semalam.
Pertengahan Februari lalu, 189 penduduk bukan Islam di kawasan berkenaan mengemukakan petisyen meminta masjid berkenaan memperlahankan pembesar suara dalam ceramah, kuliah dan bacaan al-Quran daripada kaset dan CD.Abdul Rahman berkata beliau ditemui dua anggota polis daripada IPD Dang Wangi selepas berbuka puasa semalam di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).Beliau sedang mendapatkan rawatan sakit buah pinggang.
Ditanya butiran soal siasat polis itu, Abdul Rahman memberitahu Malaysiakini, beliau memberikan kerjasama dengan “menjawab soalan seperti yang dikatakan dulu” kepada pihak media.
Seorang penduduk dekat masjid tersebut yang dikenali sebagai Choo ditemui polis di kediamannya di Seksyen 5 Bandar Kinrara.Suaminya Steevan Ee, yang menyerahkan petisyen itu kepada masjid dan wakil rakyat Sri Serdang Datuk Mohamad Satim Diman, berkata seorang anggota polis mengambil keterangan Choo tengah hari semalam.“Polis hendak minta tengok surat (petisyen) yang dihantar, tetapi oleh sebab dia sudah dapat daripada pihak masjid, dia tidak ambil,” katanya.
Ditanya kesan pertemuan itu terhadap masyarakat Cina sekitar yang menandatangani petisyen itu, Ee berkata: “Sekarang mereka jadi takut.” ... [MALAYSIAKINI]

2 comments:
Salam,
apa nak heran memang diorang nie bersikap mcm tue terhadap orang melayu & islam. kat tempat saya dulu.. siap jumpa kepala BABI di dalam surau.. tapi sekarang surau tue dah jadi masjid & bertambah besar.. ALHAMDULILLAH sekarang nie dah takde masalah mcm tue lagi walaupun kwsn sekeliling ramai masyarakat cina. azan berkumandang mcm biasa, bacaan tarhim juga berkumandang mcm biasa, ceramah guna pembesar suara.. tiada masalah. ingat ALLAH MAHA KUASA.. mohonlah bantuan padanya.
AMIN
Salam atokuitmck
o yer ker. Kat mana tu .. Bagus lah kalau dah diaorg (bkn islam) dah boleh terima
Post a Comment