13 June 2009

KERAJAAN BN WAJAR BENAR CHIN PENG KEMBALI KE MALAYSIA - DSAI


Pakatan Rakyat mengulangi kesediaan untuk jalin kerjasama dengan Umno-BN berhubung isu-isu nasional termasuk krisis politik Perak tetapi idea PAS tentang kerajaan perpaduan tidak timbul sama sekali.

Ketika menekankan perkara itu di sini hari ini, Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat bersedia untuk menemui Umno-BN dengan syarat sistem keadilan dan pilihan raya negara diperbaiki.

"Kita bersedia untuk menemui Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak (Perdana Menteri dan Pengerusi BN) untuk menyelesaikan isu Perak tetapi ia mesti melalui pilihan raya.

"Kita sedia berbincang dan mendengar pandangan mereka, pandangan Umno dan mereka mendengar pandangan kita," kata beliau dalam ucapan khas pada Kongres Nasional Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR).

PKR berhimpun di sini hari ini untuk membincangkan pindaan perlembagaan parti.

Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Kerajaan perpaduan menjadi isu baru semula selepas ia dibangkitkan oleh Hadi pada Muktamar Tahunan PAS Ke-55 Jumaat lalu.

"Tidak timbul soal kerajaan perpaduan. Kita sedia berbincang dengan syarat tiada kezaliman, (baiki) sistem keadilan dan kekalkan pilihan raya yang bebas dan adil," kata Anwar lagi.

Pakatan dianggotai oleh PKR, DAP dan PAS.

Menyentuh isu gesaan agar bekas ketua Parti Komunis Malaya Chin Peng dibenar pulang, Anwar berkata, kerajaan wajar membenarkannya kembali ke Malaysia.

Kata beliau, Chin Peng seharusnya dibenark menghabiskan hari-hari akhirnya di sini memandangkan Malaysia sudah pun menjalin hubungan baik dengan kerajaan komunis China.

“Nampaknya kita sudah memaafkan mereka semua, mengapa tidak memaafkan seorang ini atas apa yang dia telah lakukan," katanya.

“Bagaimanapun ini tidak bermakna kita bersetuju dengan semua kesalahan yang dia lakukan," kata beliau lagi. - mstar

1 comment:

kekwa66 said...

Bekas ahli PKM melayu dibenarkan pulang, kenapa chin peng tak boleh??!! kan double standard namanya tu!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive