19 August 2009

Muhyiddin pengkhianat: Gadai tanah pada Singapura


Angkatan Muda Keadilan menggesa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin menjelaskan isu penggadaian tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura pada tahun 1980 ketika beliau menjadi Menteri Besar Johor dahulu.
Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin, mendakwa pengkhianat sebenar adalah Muhyiddin sendiri kerana telah menyalahgunakan harta kerajaan untuk kepentingan parti.

“Terdapat bagaimana Muhyiddin ketika menjadi Menteri Besar Johor telah menggadaikan 51,170 hektar tanah kepada kerajaan Singapura dengan pulangan wang sebanyak RM350 juta ringgit. Perkara ini telah didedahkan oleh bekas setiausaha UMNO, saudara Osman dan perkara ini telah disebut dan diumumkan dalam ceramah Ibrahim Ali bahkan perkara ini menjadi rahsia dan tidak diketahui oleh rakyat Johor ketika itu,” kata Shamsul.

Pendedahan Datuk Ibrahim Ali dalam satu ceramah di Kuala Nerus, Terengganu sekitar pada tahun 2006 itu telah menjadi tanda tanya kepada semua rakyat Malaysia ekoran penyalahgunaan kuasa tersebut sekali gus membayangkan kepada rakyat bahawa pengkhianat sebenar ialah Muhyiddin dan pimpinan UMNO Barisan Nasional.

Shamsul berkata pengakuan ini secara terang-terangan telah membuktikan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan dan ekoran itu AMK menggesa SPRM menyiasat kes tersebut dengan segera.“Hal ini dilakukan bagi menjawap persoalan-persoalan yang dilaporkan bahawa beliau tidak amanah dan melakukan tindakan-tindakan menggugat negara ini, menyeleweng dan menyalahgunakan wang rakyat. Kali ini kita bukakan bukti-bukti dan kita membuat laporan secara rasmi untuk tujuan itu,” kata Shamsul.

1 comment:

Unknown said...

salam,

apa nak kata, semua depa punya.

www.duniacacamarba.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive